glitter-graphics.com

Wednesday 17 August 2011

nuzul Al-Quran


..::hari ke-16,malam ke-17::..

ustaz mulakan tazkirah yang ringkas..(20 minit)..^^,
"hendaklah kamu memberi peringatan kerana peringatan itu bermanfaat"

mereka yang gerun dengan Allah ilah orang yang mempunyai ilmu

okeh,masuk sejarah Islam..
pada waktu Imam Hanbali,ada perbezaan pendapat di kalangan Mu'tazilah yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk..imam Hanbal tetap tegas dengan pegangannya yang al-Quran bukan makhluk,tetapi kalam Allah..lalu beliau dipenjarakan lebih kurang 13 tahun,dipasung dan dirantai..dalam keadaannya di dalam  penjara, Imam Hanbali tetap bersembahyang, membaca al-Quran,bertasbih,bertahmid..((*kalau kita pulak macam mana eh??))
semasa hidupnya,apabila beliau tak sibuk..beliau akan sembahyang sebanyak 300 rakaat..bila beliau sibuk,150 rakaat..dan seminggu sekali imam Hanbali akan khatam al-Quran

cerita ringkas pasai imam Hanbali...
**sambung**

dalam surah al-Furqan,ayat 63-65 yang bermaksud..

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas mukabumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, jauhkan azab Jahannam dari Kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”
dalam ayat ni,Allah menyuruh kita menjadi hamba-Nya yang pemurah dan penyayang..

merujuk Hadis Qudsi ((**khabar yang diilhamkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi dan kemudiannya disampaikan oleh Rasulullah melalui perkataan baginda sendiri))

Allah S.W.T. berfirman dalam Hadith Qudsi: “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sesungguhnya Aku bermaksud akan menurunkan siksaan kepada penduduk bumi, tetapi ketika aku lihat penghuninya sedang memakmurkan rumah-Ku (Masjid), saling mengasihi sesamanya kerana Aku, selalu melakukan istighfar (memohon ampun kepada-Ku) di waktu sahur, Aku palingkan siksaan itu dari mereka.”

kalaulah Allah bersungguh-sungguh nak menurunkan bala kerana manusia banyak melakukan maksiat di atas bumi,semuanya tak mustahil..tetapi Allah tak menurunkan bala kerana 

1. apabila Allah melihat orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah/mengunjungi rumah Allah (eg :: masjid,surau,dll)

2. orang yang beristigfar pada waktu pagi letika orang lain tengah tidur ( eg :: sembahyang sunat,sembahyang sunat wudhu')

3. orang yang berjalan dalam keadaan tenang & rendah hati di atas muka bumi

4. orang yang menggunakan sebahagian besar malam dengan beribadah kepada Allah ( masa yang paling baik  untuk mintak doa ialah time sujud kerana waktu tu kita berada dekat dengan-Nya)

5. di waktu malam mereka banyak melakukan zikir dan waktu pagi  mereka beristigfar


ada dalam 1 hadis qudsi..((**tak jumpa hadis yang full))
Allah bertanya kepada malaikat,di mana jiran-jiran Allah..terdapat 2 golongan yang menjadi jiran Allah...
1) orang yang membaca al-Quran,faham.selidik dan mengamalkannya
2) orang yang mengimarahkan masjid


mereka yang akan menjadi jiran Nabi Muhammad saw kelak ialah..orang yang ada anak perempuan dan berjaya mendidik & tarbiyah dengan baik sehingga menjadi anak solehah..((**hooo))


ada satu lagi hadis qudsi..

 "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) . 

**Allah tak bagi scale untuk puasa kerana ia rahsia Allah


sambung.......

di antara sebab mintak dijauhkan diri daripada siksaan api neraka..kerana azab neraka itu bersifat kekal,terlalu dasyat dan siksa..dan neraka tempat menetap yang palin teruk sekali..((**mintak dijauhkan..T.T))

andai ditakdirkan-Nya..kita bertemu dengan lailatulqadar..berdoalah..

Doa Apabila Bertemu Lailatulqadar



“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”

~KAIFIAT DAN KHASIAT~
Daripada Aisyah r.a. dia berkata kepada Nabi s.a.w.: “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Ucapkan doa (tersebut).” 


 --> doa semoga tak dimasukkan ke dalam api neraka





# keberkatan yang Allah bagi kepada orang yang baik,kita tak pernah sangka..((**nak jad baik jugak!)) 

No comments:

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM