glitter-graphics.com

Sunday 3 November 2013

bedah movie# arang & the magistrate



bedah movie ni curik idea dari kelab inspire, miahaha. sebenarnya cerita arang & the magistrate ni dah lama tayang kat kotak tv. dan dah ramai manusia di semua pelusuk dunia dah habis tengok cita ni.

actually cerita ni drama bersiri korean. ada 20 episod semuanya. habit aku bila dah start tengok 1 episod, mesti nak marathon sampai ke ending. sebab tu kalau boleh nak tengok cita yang sejam / dua jam / 3 jam. kemudian dah tau ending dia. 

disebabkan banyak test/ kena baca kes/ whatsoever. maka aku pun ambil kesempatan ni sambil buat kerja sambil tengok movie. aku pun tak sure sama ada aku paham kes atau aku paham cerita ni lebih.  

sebenarnya banyak kali jugak aku cakap kat si bongsu, kalau nak tengok cita apa-apa make sure yang cita tu ada pengajaran. tapi sebenarnya aku tak mau bagi dia tengok cita katon yang semakin merapu kat tv. dan tak perlu nak berebut remote control. hewhew. 

aku pun banyak tengok cita merapu dan takdak pengajaran. contohnya running man. miahaha.

arang and the magistrate. pelakon yang aku penah tengok muka pon si hero (lee jun ki). start berkenalan bila si lee jun ki ni berlakon cita 'my girl'. yang si heroin (shi min ah) ni mula nampak muka dia dalam cita 'my girlfriend is a gumiho'. 

arang & the magistrate [sumber: prof google]


dari episod 1-20, banyak benda yang boleh kita ponder kalau tengok ceghita ni. selain dari watak Tuhan depa ni kan. 

1) hantu dalam ceghita ni takdak wajah yang menyeramkan seperti cerita hantu yang lain. so, boleh la tatap lama2 ceghita ni. dan juga wajah hantu tersebut.

2) kasih seorang anak kat ibu dia. sanggup pi ke merata ceruk walaupun si ibu abaikan dia. dan betapa dendam kesumat yang bercambah dalam jiwa tu tak boleh bawak ke mana akhirnya. dendam menyusahkan diri sendiri dan orang ramai. 

3) kita selalu tak peduli masalah orang lain, walaupun jiran kita. alasan? masalah dia bukan masalah kita. at last, baru kita sedar rupanya masalah tu mungkin akan jadi kat kita jugak ataupun masalah yang lain. 

4) slave of desire. manusia ni punya nafsu. ada satu nak lagi sepuluh. ada yang elok nak yang terpaling amat chantek. 
macam dalam ceghita ni, pompuan ni bidadari syurga la konon, kemudian dia nak jadi manusia dan turun ke bumi. lepas dah jadi manusia dia nak hidup kekal selamanya, immortal. 

nampak tak nafsu tu hebat x hebat kawal kita. lagi hebat kalo kita boleh kawal nafsu sebenarnya. ehem, tuju diri sendiri yang dapat 3 big apple pastu nak sedozen pulak. mihmih.

5) chenta itu luar biasa kesannya. kalau kita tak kawal, ia akan dominate kita. tapi depend la kalau chenta tu yang postif, kita pun akan jadi positif. sebab tu pentingnya kita cari chenta yang positif. miahaha.

6) buat la jahat lagu mana pon. last sekali mesti kantoi. ni kes geram dekat Lord Choi yang suka tindas rakyat. kenakan cukai tinggi kat rakyat pastu sapu semua kat dia dengan macai2 dia. sesuka hati dia bunuh sesiapa yang try bukak mulut pasai betapa jahatnya dia. arrghh, banyak lagi jahat dia ni. kagum dia bawak watak jahat ni, rasa nak ketuk2 kepala dia. mihmih

7) kalau nak apa pun, try berusaha sendiri. jangan mintak kat syaiton/demon/taghut. takdak faedahnya, at the end, sama-sama masuk neraka. nak kaya? nak chantek? nak kuasa? nak pandai? usaha 100x, tadah tangan mintak kat Tuhan. benda yang kita usaha sendiri nak dapat lagi manis + indah. kalau kita pikiaq la kan. hidup ini perlukan kesabaran yang berterusan. 

8) nak tegakkan keadilan tu bukan kemain susah. sebab tak ramai yang sakit hati tengok benda jahat/tak adil berlaku kat orang lain. tapi kalau tak adil kat diri sendiri, tudiaaa..mengamuk dia sakan. 

9) Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk kita walaupun banyak benda yang kita rasa susah/penat. nak penat kat dunia ni kejap sangat, ummat Nabi Muhammad ni anggaran waktu hidup dalam 60-70 tahun. (tazkirah Ramadhan lalu). tak lama nak sabaq/tahan, paling lama kita hidup inshaAllah 100 tahun. kemudian kat sana selamanya berehat. so, jangan banyak mengeluh. (tuju diri sendiri)

10) pentingnya pasangan yang saling tak give up, saling berusaha, saling menolong, saling ada. melengkapi kononnya. dalam ceghita ni magistrate (lee jun ki) ni bijak + cepat buat tindakan/keputusan + tegas + caring. yang si arang (shin min ah)  ni suka buat keputusan suka hati dia ja + blur + macam budak2 +menyusahkan si magistrate tu. mmg watak pompuan director tu bagi macam ni kot. miahaha. 


penat nak cukupkan 10 benda to ponder pasai arang & the magistrate ni. sambil tengok ceghita ni sambil pikiaq, banyak lagi pengajarannya. 

akhir kata, ceghita korea ni buat la era jeseon/ era moden. semua best. miahahaha. mesti tonton. time slip dr jin pun best. semua best. nak tengok semua. nampak dak tamaknya kat situ. 


watak dalam ceghita tersebut. sila tengok. semuanya jambu. kecuali si grim reaper tu. miahaha


dalam aku duk nasihat si bongsu suh tengok cita yang ada pengajaran. 

si bongsu tanya "apa pengajaran ceghita doremon?"

aku jawab "persahabatan. jangan buli yang lemah. cintakan alam sekitar"

dia tanya lagi "kalau ben10?"

aku jawab "errrmmm, mana la nak tau. takdak pengajaran,xyah tengok. meh sini kontrol"

si bongsu gelak. sakit hati den. sepatutnya dia yang kena pikiaq sendiri pengajaran ben10 tu dah dia tengok. cisss. tertipu. 




#nanti pulak sambung tengok ceghita2 korea yang ada dalam hardisk berabad lamanya tapi tak tengok lagi. sebabnya susah nak stop diri sendiri dari tak buat marathon. sekian. 




COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM