glitter-graphics.com

Wednesday 30 January 2013

wordless Wednesday # blindness





# biar buta mata jangan buta hati..it will be difficult for us to differentiate between right or wrong..halal or haram..

part-timer


semalam cuti,hari ni maleh nak pi keja sebab tidoq lambat pastu penin pala
alasan ja semua tu
sebenaqnya nak bemanja2 kat ghumah..hewhew
**ayat time ada dlm folder draft,berkurun baru nak edit

seronok sebenaqnya jadi part-timer ni,selain jawapan skema yang kita selalu dengaq (ie pengalaman..hehe)
ada banyak lagi manfaat,contohnya..
tak perlu lagi nak merengek2 nak mintak duit kat mak abah sebab nak beli baju selai..ehemm
kenai dengan ramai orang
perasaan ada ramai manusia pelik sekeliling kita
macam2 eksyen bos..ada yang baik dan garang

dulu time f5 time nak tunggu result tak berkesempatan nak keja maka jadi la sorang surirumah yang setia di rumahnya..ceyyy konon

time cuti sem 3 bulan nak masuk 2nd year dulu keja kat kedai cina ni,jual pakaian,kasut sekolah,macam2 la
barang yang murah2..
apa yang best??
tak banyak keja,boleh berangan selalu kalau takdak keja
apa yang tak best??
sebab taukeh cina,susah nak pahamkan waktu kita nak solat..dia ikut jam dia ja,time ni x boleh solat..
ingat taukeh nak tolong jawab nanti? cis2

maka bertukar tempat ke kedai makan,dia bawal goreng
apa yang best? ?
boleh makan free,breakfes + lunch
keja siang ikan,potong sayuq,kadang kena masak jugak T.T
selalu kena buat kerabu,dah terer dah sebab tiap hari kena buat..ahaks riak!
depa semua best!

ni ja contoh lauk pauk yg sempat snap..lebih2 kena marah ngan bos pulek

time nak masuk 3rd year,sempat la keja kat tesco sebagai cashier..bes keja kat cashier sebab bleh scan,pegang duit sampai takdak rupa cap jari dh..cis
pastu mintak tukaq bahagian lain walaupun bes keja kat situ sebab keja tu menyentuh sensitiviti kita sebagai orang Islam
pastu keja la kat bahagian health & beauty kat tesco yg penuh dengan syampu,sabun mandi,ubat gigi dan yg paling penting alat make up yg tak rasa nak pakai buat masa sekarang ni..haha

ada hari tu ada pompuan ni tanya product apa yg best,try la promote benda yg ada kat situ
maka terjadilah perbualan...

me: kak try guna 'gardenia' ni
kak: ...... **tengok diriku lama2
me: apakah salahku **monolog dalaman..cis
me: eh,silap.."garnier"..sambil sengih2 tanda malu

kadang2 ada makcik2 yang tanya pendapat kita, colour lipstick ni cantik x? yang mana lagi cantik?
ehehehe..saya tak pernah pakai makcik..colour ni kot cantik,yang tak berapa nak merah menyala sangat,neutral..

ada makcik ni tanya bedak compact simply siti yang mana sesuai,beliau nak tolong beli untuk kawan
makcik,bedak compact kena beli yang sesuai dengan warna kulit..
haa,kawan makcik cerah..eh,cerah sikit,tak cerah sangat,kaler kuning..haaa,macam kamu la,kuning langsat..
makcik,agak2 la kan kalau kuning langsat..apa2 la makcik..**monolog lagi

selain dari tengok2 customers, kena tolong buka pintu kaca kalau depa nak beli apa2
kadang2 bila stok sampai,kena la gi ambik kat stor..pastu topup barang yang takdak..
kadang2 kena panjat tinggi2,kena susun barang kat promotion area
bes jugak sebab time bulan puasa t depa bagi bubur lambuk free + kurma + kueh
kalau rajin + tak ponteng dapat la kupon/voucher sebanyak rm50 mcm tu la
dapat jugak kupon makanan tiap bulan,sehari boleh guna rm2 jeeeerr...
pendek kata,bes la..



ni jadi part-timer yang terbaru dekat the store yang baru bukak kat landmark kulim
depa ada buka fair baju,diskaun 50% dan 70%
maka,tenaga kerja dari part-timer sangatlah diperlukan
untuk menulis bill dan melipat balik baju yang dipunggah oleh customer yang takmau beli..cis2
ramai jugak part-timer daru uniKL + politeknik + sptm

time nak sembahyang tu takdak masalah,masuk waktu ja sila la p sembahyang k..
yang tak bestnya..makcik/pakcik guard yang ada kekeliruan identiti tu suka sungguh kami ni tuck in baju
tiap kali nampak dia,mesti dia cakap macam ni
"adik kenapa selalu tak buh baju kat dalam? tau dak ni prosedur? buh baju kat dalam cepat!"
"hurrrmmmmmmm" jawabku sambil buat muka toya
alah makcik/pakcik prosedur tak prosedur malu kot pompuan tuck in baju..ingat semat? hudoh duk tayang apa yang tak patut kat orang..kami ni pompuan,pompuan tak sama ngan laki
sepanjang keja kat situ dalam 2 minggu jugak,berjuta la makcik/pakcik tu duk suh tuck in baju..
bagai menyiram air di daun keladi??
maleh nak ikut prosedur yang ntah pape ntah

time keja kat situ,sekali ngan chik so tak la boring sangat
kalau shif pagi kena la sediakan makanan untuk bawak gi sana,berjimat cermat
so,kepada husaband to be..nanti saya akan paksa awak bawak bekal gi tempat keja,kalau takmau bawak
merajuk seminggu!! ok merapuu

30hb januari tu dah abeh la keja sebagai part-timer
maka,yahooo!!!

muka tembam time cuti itu normal ye

kena pakai seluaq itam+baju putih+ tudung pink/putih

bila keja kat banyak tempat macam2 perangai kita tengok
ada laki n pompuan yg dah berkawen tapi duk ngada2 ngan sesapa saja
tu la sebabnya ramai laki tak bagi isteri depa keja kot,tapi kalau laki pon macam tu jugak? senang..dua2 x payah keja..haha
yang sebenarnya,benda macam ni atas diri sendiri jugak..kalau sorang start dan sorang lagi tak sambut,tak jadi jugak..kan?


#bila da keja ni baru kusedari jiwa lebih kepada duk ghumah..haha

Wordless Wednesday# last day as a part-timer





# yeyey! berakhirnya hidup sebagai part-timer kat the store

Friday 25 January 2013

amalan yang sukar

hujan rahmat di petang jumaat di kulim,kedah
fahamkan hadith ni sebentar~~ he he 

Dari Ali r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah

2. Suka memberi pada waktu susah

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”




#susah nak maafkan bila tengah marah..susah nak memberi bila kita tak punya apa2..susah nak jadi baik bila kita sendirian..susah nak meletakkan sesuatu pada tempatnya..tapi,kita kena berani mencuba menjadikan yang susah jadi senang..=)

Thursday 24 January 2013

kedai comey


sebelum balik ghumah aritu,sempat la gi jejelan kat kedai2 yang jual macam2 jenis barang
fitrah pompuan memang suka benda comey2
tengok pensil/pen yang ada gambaq katon pon comey
tengok bear pon comey
tak tau nak kata,dah spesis kami lagu tu nak buat macam mana
hakhak

ada macam2 kat kedai yang comey ni
kecuali taukeh n pekerja2 beliau
yang lain smeua comey
contohnya,keychain..pensil,pen, bear, patung macam2
kotak2 hadiah
pembalut hadiah
menda alah yang lain2 lagi

maka kami pun berjalan ke setiap pelusuk/sudut/inci kedai tersebut

phantom of the opera..awww~~

ina pon nak jadi phantom of the opera..keh3

tak perlu kotak yang mahai2 untuk sebentuk cincin,spesis mcm ni pon dah cukup..hehe


ina dan kookie

ina dan giraffe a.k.a kwang soo..haha

me dan kookie..mesra together

nak beli ni,apai2..rm25

muka spesis nak garang

semester lepaih ada gi jejalan kat kl festival,ada 1 kedai ni..bila melangkah kat depan pintu kedai tu mesti cakap
"wahhhh,comeynya!!!!" sambil buat muka gedik..haha

barang punya la banyak,tap x sempat nak amik gambaq banyak sebab ramai orang lalu lalang
rasa macam menyemak pulak bila duk snap gambaq tapi tak beli pape pon..cis2

comeynya biri-biri men auk caakk..heww

macam kucing betoi kan?

nak kotak yang macam ni..macam tu..hoho


# nasib baik pi time tak dak pitih,kalau time ada..habis la..habis la..=P


maulidur rasul


salam maulidur rasul 
12 rabiuawal 1434H

dulu time sekolah pakat duk berselawat ramai2 time perhimpunan sekolah
tapi bila dah besaq panjang lagu ni,tak boleh nak harapkan pihak U buat macam tu,nak suruh kita selawat
berselawat bukan setahun sekali,tapi tiap2 hari..bukan macam sambut hari raya tau? 
rajin2kan diri berselawat tak kira masa,sayangilah dan ingatilah baginda Rasulullah sebagaimana baginda sayangkan dan ingati kita

kalau time muda2 dulu kita diperdengarkan dengan kisah kelahiran baginda
kalau tak ingat lagi tak tau nak kata..**ehemm tersedak
bila dah besaq macam ni,rasanya kita boleh pikir sendiri apa pengorbanan,kasih sayang baginda untuk mempertahankan agama Islam untuk kesejahteraan ummat baginda..ya kita!
dah sampai masanya kita pikir berapa banyak sayang kita kat baginda
berapa banyak sunnah Rasulullah yang kita kita ikut

ramai manusia yang post macam2 kat fesbuk,ada post yang menarik hati..heww

There is no God but ALLAH, and MUHAMMAD S.A.W is HIS Messenger...

-The prophet Muhammad S.A.W is the most influential person on the world. He is the example to us, a father, a leader a Muslim. There is no better way to remember the prophet than by following his sunnah and teachings. Keep improving and keep united. May ALLAH bless us all-

"Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive. The majority of the persons in this book had the advantage of being born and raised in centers of civilization, highly cultured or politically pivotal nations"
(Michael H. Hart, The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History)

"I have studied him the wonderful man, and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the saviour of humanity. I believe that if a man like him were to assume the leadership of the modern world, he would succeed in solving the problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness.”
(Bernard Shaw-A collection of Writings of some of the Eminent Scholars published by the Working Muslims Mission, 1935)

-Salam Maulud-


Anas bin Malik mengatakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu dia bertanya, 
“Ya Rasulullah, bila kiamat?”
Rasulullah bertanya balik, “Apa yang telah kau siapkan untuk kiamat?”
Lelaki itu menjawab, “Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Rasulullah bersabda, “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”
(Imam al-Bukhari dan Muslim)

 jom rajin2 berselawat bukan untuk hari ni,tapi tiap hari selagi kita mampu..inshaAllah

sebelum tu jom dengar lagu dari unic&inteam..binabil huda,best


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Artis: UNIC
**credit to blog sapa entah yg translate maksud lirik lagu ni..=)


#syahdu dengaq lagu inteam-pemergianmu..=')

Wednesday 23 January 2013

Saturday 12 January 2013

kepenyetan


owh,hari ni ada yang himpunan kl112 tu kan?
ramai betoi umat manusia ni kan
tapi ada dua orang yang pi jejalan cari makan kat ong tai kim
kami kat sini panggil OTK ja,kalau sebut penuh2 kena gelak..haha

dengaq cita ayam penyet kat area situ sedap, dari awai sem lagi depa ni duk makan kat sini
dan akhirnya
dan habis semua ke+busy+an sem ni,maka nak try la jugak apa yang sedapnya
dari uia ---> OTK naik bas (rm1)
sampai2 depan kedai tu,huiyooo..ramai manusia kelaparan
shopin seround kemudian baru ada tempat nak bertapak
order makanan minuman
tunggu
tunggu
tunggu
kemudian dah boleh makan

tadaa,tak dan nak snap gambaq sebab lapaq tahap lapaq

[sumber google]

ni gambaq yag google snap??
lebih kurang macam ni la rupanya
ada ayam goreng,sup,tempe yng di belah empat (sila imagine),tauhu, timun+kubis
dan jangan lupa nasik

ada banyak menu kat kedai ni yang berkaitan dengan penyet
udang penyet
embal/ambal penyet
lele penyet (keli ok)
ayam penyet
dan lain2 yang boleh dimakan

ada jugak bakso, mee apa lagi ntah
yang pasti semua macam makanan indonesia/jawa

ramai betoi pelanggan, ruang kedai agak kecil
lepas kami dengan slumberrr nya makan tanpa peduli sapa lalu lalang
dah la makan depan kaunter bayaran >.<

lele penyet (nama nak kiut) hehe

tengah duk lahapnya makan
pandang meja sebelah,ada dua orang laki+pompuan
dah kahwin agaknya sebab pakai cincin 
amboii,romantiknyaaa..
satu pinggan nasi bahagi dua,tinggal satu lagi pinggan..mungkin nak makan lepas tu kot? haha
dan kami makan lagi
kemudian kami cakap
"kak,nasik lebih sepinggan!! dengan crispy2!!"
teruskan makan..
nasik tambah+crispy sampai..
makan lagiii..

tengok meja sebelah lagi..
"kita dua pinggan lain2 tambah sepinggan lagi"
"romantiknya depa makan share 2 orang"
makan lagiii...

tengok2 dah licin pinggan

kawan pandang. "macam mana sedap dak?"
"sedap2..sebab kita makan time lapaq kot"
"laa..macam tue ke"
"haha,dak2 sedap..tapi tak boleh mai makan tiap minggu la"

kemudian gi bayaq..
"berapa ni?"
lele penyet+nasik tambah+sirap limau = rm9
heeee~~


#tunggu kaya nanti mai makan lagi..okeh,chow cincau

aish..nak marah betoi


pagi ni bangun tanpa ada rasa 
rasa
rasa
rasa
kena baca buku!!!
tak payah pikir kena baca buku yang berilmiah lagi tebai 10inci!!
buku yang tulisan kecik!!
untuk 3 minggu yang akan datang kita sambung membaca balik
so,buat masa sekarang kita buka la facebuku, tengok runningman..tengok running man..tengok runningman..(sebab buat marathon 3 episod)
baca la buku komik,novel RAM
ok stoppp..

bangun pagi tadi nak mandi gi bersiap nak keluaq ni..
tetiba rasa nak marahhhhhhhhhh SANGAT..berapiiiiiiiiiiiiii semacam
ni dah kali ke 114 (ok tipu)..kali ke berapa ntah barang2 didri sendiri diambik,dicuri apa2 perkataan yang berkenaan..

mula2 shampu pantene yg 350ml tu hilang,dah la baru guna 2 3 kali..yang penting beli time diskaun,harga memang murah..ingat senang nak cari dah lepas ni? huh?! jahat!!!!!


ni la rupa shampu pantene..in case xtau..he he


so beli la yang baru, takdak orang nak curik pulak..sebab kecik ja..cis2! pencuri pun pandai memilih

lepas tu,beli shokubutsu yang kaler pink yang wangian sakura pa ntah..tapi sebenarnya yang kaler biru lagiiiiiiiiii wangi (naomu100x wangi) yang nama dia blue sport kot..untuk mereka yg aktif bersuka,tengok melalut lagi..





































ni pun ada orang nak ambik jugak
beli yang baru jenama lifebouy


 pon ada org ambik jugak..apa la masalah budak2 ni..macam nak bg penampaq ja sebenaqnya..cis2!

sabun basuh baju pon nak ambik..


pashmina..
baju..

manusia macam ni tak boleh nak bagi muka,kalau nak sangat sebab nampak mcm cantik kalau takdak duit sangat..jangan la sampai mencuri..tak semestinya benda makan ja yang kena tau halal haram..semua sekali,pakaian, minuman semua laaaaaaa....semua! 

kan dalam Quran Allah dah cakap tak boleh ambik hak orang lain tanpa keizinan orang tu..
haish..
memang la kita rasa macam benda sabun semua tu macam simple,murah..tapi takkan 1 sem 7 8 kali nak beli baru kan..dari rm5 tapi kalau beli 7 8 tak ke sejuta?


# ok tammat marah..simpan marah dalam blog ja..haha..mintak2 la nampak sapa yang buat mcm tu,nak bagi high kick sedas




Wednesday 9 January 2013

Monday 7 January 2013

secawan milo


buku dan ketas bersepah atas meja,tak lupa jugak dengan segala pen,pembaris,pencil..apa2 lagi yg hang nak melalut diana
ada lagi 2 paper sebelum berakhirnya semua ni (**dramatis lagi)..tapi ada gap 4 hari,nampak mcm lama..tapi tu sebenarnya halusinasi saja..heww..susah pulak nak kumpul semanagat nak study bila nak masuk paper last ni (**carry marks pil mcm apa ntah..tp bersyukurla diana oii)

demi paper yang lagi 2,maka kena ada jugak semangat nak study..kena paksa
pastu rasa nak bancuh milo yg dalam sachet tu..depa kata kalau minum yang manis2,nanti darah manis..maksudnya lebih semangat la lebih energetic gitu

pastu tetiba kenangan lalu muncul..ecehhh
sebelum start sem ni, saya dan chik gi shopin kat tesco dengan menggunakan kupon yg tesco bagi..ada la dlm rm50 mcm tu kot..jangan jeles,nak buat mcm mana bos sayang..ada 3 bos,sorang ja pekerja..what to do..haha

lepas duk shopin segala barang nak bawak mai uia..
sabun basuh baju
tuala baru** 
megi baru**
cekelat baru**
semua yang baru2**

sampai dekat kaunter tu, tetiba nampak bos..hello bos! wassup!
memang mintak pelempang kalau cakap mcm ni..so,senyum2 ja la

kemudian dua bos mai sembang2, sorang bos baru time keja kat bahagian health & beauty groceries 
dan sorang lagi kat bahagian front end atau depa panggil cashier 
sebab ada konflik kat bahagian cashier tu,maka saya mintak tukaq kat HBA tu..melalut lagi

dalam duk sembang pasai study macam kena interview kan,dulu time keja xmau tanya pasai study semua
ni orang dah abeh keja baru nak tanya..aish2

kemudian bos yang sorang tu duk sibuk belek2 barang yang kami berdua beli..
tetiba dia nampak milo yang dalam tu ada peket2 kecik tu

kemudian dia cakap

"hamboii,hang pun bancuh milo segera jugak ka?"

"hah?"

"penyegan jugak hang ni"

"what the fish?" <--ni monolog dalaman

"penyegan" tu orang kedah kata pemalas..ok pemalas

saya tau bos, saya rajin time keja dulu,yang duk panjat tinggi2 susun barang tu saya bos..tapi kenapakah bos cakap saya penyegan? 

cis,bancuh ayaq milo yang dalam peket tu pon pemalas rupanya..baru kutahu..

klik untuk dapat milo free..ok tipu


haila bos,takkan nak kena gi cari pokok koko kemudian ambik buah koko kemudian ambik biji koko kemudian tak tau nak buat apa dah..heww

at least,saya tak letak milo dalam mesin bancuh kopi..eh,mesin bancuh milo..entah wujud ke tak boss oii..
memang la agak pemalas..tapi bos..errrr..ok,no defence

milo 3 in 1


# entry ni bukan untuk mempromosikan milo..sekian..tapi milo ni bukan antara barang yg patut kena boikot? kena tukaq minuman bercoklat yg lain la..^^, ok sila sambung study pil

padi dan rumput

belek2 fesbuk sambil study,eleh macam tak penah buat kan..tapi satu status ni menarik hati..


Assalamu'alaikum,

Saat kita menanam padi...
 
Rumputpun ikut tumbuh ......
TAPI saat kita menanam rumput...

Tidak pernah tumbuh padi...

Dalam melakukan "kebaikan"... Kadang² hal yang "buruk" turut menyertai ...

NAMUN saat melakukan "keburukan"...

Tidak ada "kebaikan" bersamanya....

Jangan bosan untuk berbuat "baik"...

Meski kadang tidak sempurna.

Manusia menjadi sempurna justru karena memiliki.. "Kekurangan" disamping "Kelebihannya".

Maka kita tetap Bersyukur, Kita masih di beri kesempatan untuk terus memperbaharui.. ..dan memperbaiki

 segala kekurangan yang ada pada kita. 





# credit to cinta dan persahabatan dalam Islam..nice sayings..jangan penat buat baik (mcm selalu

 diri sendiri buat baik kan..huhu)..rindu nak balik sp,nak tengok sawah padi aka bendang


Sunday 6 January 2013

tahun baru


exam mood + exam week melanda di uia
paham2 la time macam ni,mental dan fizikal selalunya tak stabil
rambut kalah gumiho, gaya jalan macam zombi, mata macam panda
baca baca baca tak paham otak tak boleh nak hadam
ini la contoh2 side effect kalau study last minute..heww ^^,

baru subject 3rd year tapi seksanya nak paham..mak oiii..satu ayat kena ulang 10x
sebab macam rasa berat otak dah nak terima segala fakta, kes bagai..maka dengan semangatnya nak cakap dengan mereka kat ghumah..

mula2 cakap dengan mak bila nak balik,bila next paper semua la..kemudian dengaq suara2 tak sedap kat belakang tu..

mak: ni ashraf nak cakap..
me: kalut ashraf tu
ashraf: kakna,ashraf dah tingkatan 2
me: awat tingkatan 2 pulak? ooOoo..betoi la sekolah dah bukak
chik: aku dah 20..
me: haha,hang dah 20 tahun..kakna hampa dah 23 tahun
mereka: kakna dah tua..

sungguh! memang tak ingat langsung dah masuk tahun 2013, selamat tahun baru! (**dia sorang baru nak semangat)

cepat pulak adik-aku aku ni dah besaq (monolog dalaman)..rasa macam baru nangis bila tau mak masuk hospital time darjah 3 dulu, kena operate
 macam mak kata : bekas operate ni pun rasa ngilu lagi,ahraf dah besaq

rasa macam baru ja kutip duit raya dengan chik,kayuh beskal dengan beg sekolah besaq,dah besaq budak tu..cepat betoi masa berlalu

dan setahun dah berganjak,umuq dah tua setahun..23 tahun..nasib baik depa kata bdk spm lagi..**ehemm

macam tahun2 sebelum ni,memang takdak azam la..puahaha..takdak matlamat spesific,contoh saya nak lebih bergaya pada tahun ini..saya nak kumpul duit banyak2..aish2

dan dengan tema yang sama macam tahun lepas, tema bebas..so suka hati sendiri la nak buat apa pun,janji jadi manusia yang lebih baik, lebih matang, lebih comey, lebih bijak, lebih dari tahun lepas..cakap banyak pun tak guna kalau tak buat kan..macam berjanji dengan sendiri kemudian tak buat,menzalimi diri sendiri tu..

bukan nak cita pasai tahun baru sangat sebenarnya..time lepas abeh paper equity aritu baru nak rehatkan otak sat,dengan berhibernasi..kemudian kawan menziarah/melawat/datang/mai..sembang punya sembang dari satu topik ke topik kemudian dia cakap..

"kawan laki aku cakap yang budak laki ni, kalau grad takde awek maksudnya macam grad takde scroll"

haa ambik, ayat dibesaqkan font + diboldkan..

pandang kawan laju2 macam dalam tv tu,sangat dramatik ok..

"napa pulak? apa kena mengena awek dengan grad?"

"ntah,dah dia cakap macam tu"

"kalau perempuan boleh terima jugak cakap macam tu,kawan hang laki ka pompuan?"

"laki la..maybe dia rasa kena ada awek time grad tu kot"

"kalau macam tu, tak payah belajaq suruh ja dia cari awek sebab scroll dengan awek sama..kalau grad takdak awek macam grad takdak scroll"

"haha,betul jugak"

"so,kawan hang tu dah ada belum?"

"belum2,dia single lagi"

"diana,hang tak mau cari calon nak kawen?"

"dah jangan cakap pasai kawen dengan aku time2 macam ni"
(sambil tunjuk meja yang bersepah dengan buku dan ketas)

haritu time naik moto dengan kawan,tetiba beliau tanya..

"diana,kalau ada orang nak kawan dengan diana,diana nak tak?"

"napa ... tanya macam tu?"

"saja tanya sebab macam curious,maybe diana dah tak percaya lelaki'

"haha..tak semua laki sama macam tu,kalau ada yang nak kawan tu kalau la ada..kami tak minat dah nak kawan2 ni,nak kawen terus"

"owhh"

kadang-kadang hati rasa letih pikir macam mana masa depan kita, dengan sapa kita nanti..
rasa letih jugak bila tengok mereka duk show off bahagia mereka gaya macam kita dah mati..
bila kita banyak sangat pikir,kita akan rasa letih sangat
soo,dengan ini saya menasihatkan diri sendiri marilah buat yang tebaik untuk yang masa sekarang ni..takkan ada masa depan kalau takdak arini ni kan (**apa aku merepek ni?)

dengan sapa pon jodoh bukan masalah kalau itu yang Allah dah aturkan,mesti yang terbaik untuk kita..put our trust on Allah,everything will be okay..okay?

yang penting jaga diri,jangan sia-siakan peluang Allah bagi ni..dulu try nak jauhkan diri dengan lovey dovey ni sebab kita sedar apa yang kita buat tu salah,dosa..memang la tak pegang tangan,gelak tampaq whatsoever yang nampak macam sweet..sangatlah cuba,susah sebenarnya bila hati dua orang ni..takut mereka tak paham napa kita nak jauhkan diri..bila kita try nak explain benda betul,last2 jadi macam sekarang ni..

macam yang saya mintak jugak, sekiranya dia baik untuk agamaku,duniaku dan akhiratku maka permudahkanlah..jauhkan kami dari segala maksiat..

Allah makbulkan,sekarang ni jadi lone ranger..bukan power ranger..hewhew

mungkin suatu hari nanti, dia yang terbaik untuk agamaku,duniaku,akhiratku akan ada..who knows? Allah is the best Planner

hidup macam sekarang ni lebih hepi,tanpa rasa..tapi kadang2 rasa jantung **berdegup lebih kencang bagai genderang mahu perang..cis, masuk lagu sedanf ingin berchenta pulak..bukan sebab ingatkan mereka, sebab teringat wajah someone..tak kenal pun orangnya..haila,complicated..

btw,takdak perasaan macam dulu..itulah diana yang kawan saya nak..i have granted your wish



we will be perfect together..amin


#sebenarnya entry ni takdak motif, sekian terima kasih..he he..sebab dalam mood exam lagi,nanti baru berazam..cey,konon

jatuh sakit



Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,

Allah akan utuskan 4 orang malaikat :



1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....




#bila tengok diri sendiri rasa bersyukur sebab masih ada manusia yang bertarung dengan sakitnya..Allah


6 pesanan untuk hawa


scroll scroll jumpak artikel kat fesbuk
buat peringatan diri sendiri yang selalu lupa


1. Jaga solat pada awal waktu.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman

Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh

yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak

mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium

Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya

tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam.

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.

Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,

makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari

syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air

masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan

kepada Allah swt atas wanita tersebut.



6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah
.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah

di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk

solat dia sendiri.








#semoga tahun ini jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

Wednesday 2 January 2013

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM