glitter-graphics.com

Monday 25 February 2013

kisah meoww


dengan langkah payah aku turun dari motor,katanya penat baru balik program fasilitator
3 hari 2 malam..letih yang diri sendiri yang kena rasa
beg besaq + 3 botol mineral + beg sandang
cukup untuk mengambarkan keadaan dia masa tu
krikk krikk krikk bunyi cangkerik

kemudian ternampak satu makhluk berbulu ciptaan Allah yang sedia kiut miut
bukan aku lah!! cis cis
dari jauh nampak tertunduk-tunduk kepalanya
aku mengintai..
oooo makan friskies oooo
makan tak ajak

pastu tetiba teringat meow di rumah
tak reti bersyukur betoi kucing2 kat ghumah tu

kalau la depa tengok kucin2 terbiar tu
mesti depa bersyukur dengan hidup depa sekarang ni
ada ghumah (siap tidoq atas katil lagi tu)
tiap hari 2 kali makan nasik, mood baik dapat 3 kali
ada kudapan (frieskies,whiskas dan sewaktu dengannya)
bila buat muka comey+innocent maka dapat makanan time tuan depa tengah makan

tuu pon duk mintak lebih2 lagi
bagi betis nak paha
bagi katil besaq gedabak nak jugak tidoq kat atas kita time kita tidoq terlentang (puuuhhh,bangun pagi semput)
bagi nasik nak lagi ikan yang tengah duk bersiang
ada kucin2 terbiar belakang ghumah mai bertandang, depa duk kejar2
ingat ghumah depa kot??

tapi takpa, rezki kita yakni makanan atau apa2 pon kena la share dengan mahkluk Allah yang lain
baru la murah rezki kan?

macam tu la hidup ni,kena banyak bersyukur dengan apa yang kita ada
seba kita tak pernah nak ambik tahu apa yang orang lain takdak
kita pikir kita ja takdak ni,takdak tu
sebab tu banyak ja nak meminta kan
nak mintak kucing baru boleh,lebih comey+baik hati+ceria+peyanyang+manis?
macam mintak husband ja..hakhak

adik dan anak-anknya (abg long,abg ngah) dah besaq panjang depa ni


tidoq nyenyak,perot buncit..kala nak kata tak syg jugak tak tau la nak kata kan


# nak try buang depa ni kat mana-mana pastu suruh hidup berdikari boleh dak? baru tau apa itu kehidupan..haha


Wednesday 13 February 2013

Wordless Wednesday # professional day





# setiap hari isnin kena pakai baju hitam+putih..dan new rule, kena pakai kad matrik..comey jugak rupanya..ahaks

Wednesday 6 February 2013

Wordless Wednesday # ketinggian





# bagusla adik2 semua pakat dah besaq,nanti boleh berpura-pura jadi yang bongsu..ye dak?

Friday 1 February 2013

cerita kita tak sama


ada satu perasaan yang hanya dia dan Allah swt yang tahu
dan dia sedar Allah swt sentiasa ada untuk dia
dia tidak besendirian

hatinya pecah,remuk,hancur
dan dia percaya Allah takkan menguji melainkan ada hikmah yang tersembunyi mungkin bukan di dunia tapi di kampung halamannya kelak

dia hanya gadis biasa yang tahu apa itu sedih
tapi dia degil untuk tidak terus kecewa
tapi dia degil untuk tidak terus hanyut dengan fantasinya

biarlah dia sendirian menangis di dalam sujud2 terakhirnya demi memohon satu kekuatan
biarlah dia terus tersenyum di hadapan mereka yang hanya tahu ceritanya
biarlah dia terus berpura-pura menjadi gadis yang tiada rasa
biarlah dia terus membenarkan sangkaan mereka yang dia gadis yang kuat..mungkin sangkaan mereka benar hendaknya suatu hari nanti



dia mencuba melakukan yang terbaik demi masa depannya dan keluarga
dia percaya dia boleh melakukannya walaupun mental+hatinya tidak begitu membenarkan
kadang2 tumpuannya hilang jauh mencari jawapan kepada persoalan yang menyesakkan
 sedih datang lagi..Allah

test! assignment! assignment! group discussion! study week! carry marks! final exam!
semoga dia terus bertahan dan tabah
positifkan diri
dia tahu dia boleh
jauh dari study smart,study hard juga yang dikejarnya
perjuangannya belum berakhir
dia tekun sendirian
letih perasaan lagi letih dari fizikal
tapi dia terus gagahkan diri

dia sedar ramai lagi manusia ujiannya lebih dashyat
lain orang lain ceritanya
usah ditanya mengapa mereka begitu lemah
mungkin kita sendiri takkan mampu hadapinya jika kita adalah mereka


usahanya berbuahkan hasil
Allah Maha Mendengar dan Melihat
dia tidak lupa

hari tu dia sedih,Allah tak bagi dia sedih lama2
alhamdulillah

"man jadda wajada"
sesiapa yang bersungguh-sungguh/berusaha dia akan berjaya/berhasil

"kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal" 
ali-imran:159

peringatan untuk diri sendiri
1) jangan takut,Allah swt kan ada
2) positifkan diri,jangan cakap tak boleh
3) jadilah iron lady..haha


# cerita kita tak sama, dugaan kita mungkin berbeza, sakitnya jua mungkin berbeza..tapi ada satu yang pasti,hikmahnya pasti ada..sakit itu kifarah dosa




akal,agama.malu,amal soleh


Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:

1. Akal boleh hilang disebabkan marah
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2. Para ahli waris akan menarik hartanya
3. Ulat akan menarik tubuhnya
4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”


#hilang 4 perkara yang penting dalam hidup membawa kepada kemusnahan
COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM