glitter-graphics.com

Saturday 29 October 2011

family law : ingat senang ke nak kawen?


kelas family law pagi tu..dalam pukul 10 pagi..lecturer mulakan kelas dengan bacaan al-fatihah..then,ada sikit tazkirah pasai kawen..((**dah nama pon family law kan..ahaha))

KAMU SEMUA INGAT SENANG KE NAK KAHWIN??

hohoho..cantik

"yang lelaki kena cari perempuan yang sudah ditarbiyah..yang senang terima nasihat..jangan asyik nak cari yang cun ja, pastu harap lepas kawen nanti boleh tarbiyah..ingat senang perempuan zaman sekarang yang educated nak terima nasihat kamu???"

"berat tanggungjawab lelaki ni,dosa adik2 perempuan,kakak2..lepas kawen,dosa isteri yang tak pakai tudung,bukak sana sini..si suami yang kena tanggung..tapi bila isteri buat benda baik,pahala dapat kat suami + isteri..bila suami buat baik pahala dapat kat isteri"

"dosa anak2 dan isteri,si suami yang kena tanggung"  

"sebab tu bila kamu baik,kamu akan dapat suami yang baik..isteri yang baik..pasangan yang kamu dapat,depends kat diri kamu sendiri sebenarnya" <-- buat aku yang tengah syok gelak kat laki,tetiba terdiam kat diri sendiri..haha

"kalau kamu nak berubah,berubah dari sekarang..yang susahnya orang melayu ni,bila nak kawen..bila dah pencen nanti..bila balik haji nanti baru nak berubah..kalau mati sebelum berubah macam mana?"

 "dosa yang kecil kamu buat,ada kesannya pada hidup kamu"


hurmm... susah rupanya nak kawen ni,bukan setakat "JOM KAHWIN!"..its more than that..tanggungjwab si suami nanti lepas kawen,takkan la nak bebankan suami aku dengan dosa aku ni..kalau dah baik,senang terima nasihat..tak ketegaq..lain cerita tu..hahaha..

kena tunggu beberapa tahun lagi..perbaiki diri sendiri..si suami kena ready tanggungjwab yang bakal menanti..jangan sampai..depan DIA nanti,saling menyalahkan pasangan masing2..

alang2 bercinta tu,biar sampai ke syurga..baru berbaloi..amin..


pic ni paling menarik..haha

sabau ja la..sabau2..


# preparing yourself..be a good leader..be a good assistant..be a good wife and mother..first thing first,be a good servant to HIM..inshaALLAH,everything will be orite..((**hepinya masuk kelas ni bila lecturer cakap pasai life,bila dah start kelas..adoiii~~))

Sunday 23 October 2011

leadership : stress + kata ganti nama

pagi tu ada kelas leadership..bangun awai2 pagi ((**ehem...lepas subuh,pastu tidoq balik))..bergerak ke kelas leadership <---macam geli ja nama subjek ni,tapi ni subjek koku..has been made compulsory to all the student of U...

ketak..ketuk..ketak..ketuk..high heels mereka duk bising pagi2..layan ja la..orang tak mampu nak pakai high heels kan..huahua..

masuk dalam kelas tu..menapak kat port tepi tingkap..hujung sekali..maka..sis facilitator merangkap trainer kami dah muncul..muka dia memang tak sama ngan malaysian la..dah dia memang bukan malaysian..beliau dari Nigeria..cakap buakan main cepat,pantas,cekap..yang duk hujung sekali + tak terer bi tu memang susah nak paham la...((**tak terasa..-..-))

tajuk pagi tu..how to manage your schedule + stress..lebih kurang macam tu la tajuk dia ..pung pang pung pang...sis faci tu cakap..satu habuk tak paham..hahahaha..trok betoi 

kemudian,clasmate dari cfs dulu kalih tepi..dia tuleh kat atas paper.."bertambah stess dengar die cakap"...hahaha..gelak dalam hati..

macam2 yang mereka discuss,budak2 laki tadah telinga..gaya macam fokus + paham..pastu gelak2 kat belakang..heh??!! then,ada la macam2 suggestions based on the topic..contoh nak manage stess..antara yang  sempat dengaq...---> 

1) try ajaq kanak2 main layang2...((**kalau budak tu senang ajaq xpa,kalo tak...??))

ada lagi budak2 terer buat layang2 sendiri? memang tak ar..

2) mandi sabun ((**paling tensen..kat ceruk mana nak cari jakuzi  kat sini..haha))

hoyeee..sonok dia~!! pastu redi rotan!!


 pastu dah tak dengaq yang lain dah..sebenaqnya tak paham pon..hahaha..lets try my suggestion regarding dis topic..selain yang wajib kita buat sebagai muslim..berdoa kepada DIA..amik ayaq semayang..solat sunat..

antara cara yang paling bernas : TIDOQ or TIDOQ..or TIDOQ


lepas bangun..try buat muka innocent~~!! haha


main point sebenaqnya...pastu,sis faci tu tanya..antara "SAYA" dan "AKU" yang mana lebih  polite??
 rajin pulak bro tu jawab.."SAYA" is more polite..but.."AKU" is also polite..
?????..penin tak..so,lepas entry ni..nak tukaq ganti nama jadi aku pulak..nampak kamceng sket ngan cik blog ni..huahaua..sekian..chow!




# bila stress..lets take a deep breath..then,sebut nama ALLAH..rasa satu beban yang tak lepas tu hilang..kemuadian..macam kat atas tu,tidoq!! hehe 

Sunday 16 October 2011

mereka kata : ??






Kami (lelaki) punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami. Sesungguhnya Hawa, kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami. Tidakkah kau (hawa) terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas di medan perang, jinak bila berada di pangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...
gambar + huraian = tersurat dan tersirat



# ntah..mengapakah kaum adam buat macam tu? ((**maleh nak pk dulu..sambung buat keja sat))

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM