glitter-graphics.com

Monday 29 July 2013

mak,adik dah tak larat ni..


suatu hari, di bulan Ramadhan di mana  Allah telah mewajibkan ke atas seluruh umat Nabi Muhammad untuk berpuasa

di sebuah kampung yang aman damai
**sumber asal dari seorang makcik yang ramah bercerita pada hari tersebut**

seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun mecuba sedaya upaya untuk berpuasa pada hari itu
seperti yang disarankan oleh puan emak

ceritanya lebih kurang begini

12 jam sebelum berbuka puasa

adik: mak, adik nak bukak puasa boleh dak? adik dah lapaq ni, adik tak larat
puan emak: (sambil tengok jam) sabaq la sat,lambat lagi nak bukak posa ni.

si adik pergi membawa diri ke biliknya,cuba bertahan menanti waktu berbuka puasa

dia cuba tahan
dia mencuba


10 jam sebelum berbuka puasa (anggaran)

adik: makkkkkk, adik nak makan boleh dak? adik tak tahan dah  ni
puan emak: lambat lagi ni nak berbuka pun, kalau tak larat pi tidoq dulu

si adik melangkah kaki, mahu tidur barangkali


4 jam sebelum berbuka puasa (anggaran jugak)

adik: makkkkkkkkkkkk, ni last adik tanya. bolek dak kalau nak bukak posa? adik tak larat dah ni
puan emak: laaa, tak lama dah ni. tahan la sikit. pi tidoq dulu pi

si adik menurut kata puan emak. dia berlalu ke biliknya.


hampir waktu berbuka puasa. puan emak datang nak kejutkan si adik.
malangnya, tubuh adik sudah tidak bernyawa lagi.
innalillah...

satu kampung menyalahkan puan emak

"hang tak payah nak sedeh sangat, hang yang buat dia macam ni" telah jiran sekampung

**diam.sunyi.tangisan**

sungguh,hati ibu yang mana tak sedeh bila si anak sudah tiada.
sudah sampai ajal si anak. tapi mungkin itu boleh dijadikan salah satu punca si anak meninggal.
tapi apa pulak hak penduduk kampung nak salahkan dan bebankan si ibu sampai begitu sekali?
bukan kemahuan dia
bukan pinta si ibu
bukan

**pause**



tapi kadang-kadang kita yang bakal jadi ibu/bapa satu hari nanti
mungkin akan terlupa
mana yang perlu diutamakan dahulu
tak salah mahu mendidik si anak,tapi didikan biar sesuai dengan keadaan si anak
tak semua budak berumur 6 tahun mampu berpuasa penuh, sebulan Ramadhan
yang dah berumur.tua.baligh pun masih ada yang terkial-kial
(faktor keimanan mungkin)

pengalaman sendiri, berumur 6 tahun dan berusaha habiskan sebulan puasa
(nak show off dengan kawan2..ambooii,niat)
tapi tak berjaya T.T
merengek nak bukak puasa,buat muka comey
nasib baik puan emak kata tunggu sampai pukul 12 macam tu baru boleh bukak posa, puasa setengah hari a kiranya
tapi time berbuka still laju bersila depan makanan

umur 7 tahun, pengalaman berpuasa di kampung
ramai kawan-kawan sebaya yang dah mula puasa penuh
nak berlumba-lumba,sapa lagi hebat kononya
tapi ada jugak buat cubaan minum ayaq time tengah mandi T.T

tak sedar bilanya dah mula puasa penuh
alhamdulillah
bila tengok family pakat puasa,kawan-kawan
lama-lama benda tu jadi biasa.

dulu time kecik,alhamdulillah semua penuh
dah besaq ni,susah sikit nak bagi penuh
Allah sayang lebih ^^,

dulu,pada kita puasa sekadar menahan lapar dan dahaga
dan tak boleh memasukkan sesuatu ke dalam rongga

sekarang, puasa bukan sekadar menahan diri lapar,dahaga dan benda yang boleh membatalkan puasa
tapi kena kawal segala pancaindera yang Allah bagi jugak
jaga mata
jaga telinga
jaga tangan
jaga mulut
jaga hidung
jaga hati
jaga iman

puasa bulan ramadhan bukan sekadar adat
orang puasa kita puasa
keluar Ramadhan inshaAllah berubah baik sikit/banyak/lahir semula
bukan tak boleh
tapi agak susah
tapi bukan mustahil

peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa


adik sabaq sikit lagi nak bukak posa nahh. chaiyok2!




#Ramadhan 20, pantas hari berlalu. masih tercungap-cungap mahu mengejar. langkah tak sepantas mereka yang lain. mungkin tak terer merancang. mungkin terlalu manjakan diri. huhuhu


Friday 26 July 2013

26 Julai 2013 : HARI INI


selesai menjamah makanan berbuka puasa
sudah masanya menunaikan kewajipan kepadaNya 

"ambil Islam secara keseluruhan,jangan ambik setengah-setengah. puasa tapi tak solat,yang tu salah. puasa tapi pi bazar ramadhan tak tutup aurat, itu salah" tazkirah malam hari tu.

jika semalam kita dalam golongan yang suka amik part yang kita suka saja dan letak tepi part yang kita suka. HARI INI kita cuba ubah. 

jika  semalam orang yang paling dekat, paling kita sayang suka amik part yang dia suka saja dan tinggalkan part yang dia rasa malas nak buat. HARI INI kita tegur dia, slow talk. moga berubah. 

berdoa kita semua bertemu kembali di kampung halaman kelak. 
hari ini, dalam bulan Ramadhan penuh barakah. doa  kita tanpa hijab. 

banyakkan berdoa

**pause**

"tau dak kalau ikut tarikh dalam Islam, time maghrib dah masuk hari yang baru"

"kiranya ni dah 26hb la nohh, hepi besday"

senyum. dapat pun tangkap point yang nak disampaikan.

someone was smiling from ear-to-ear

**senyum**

hari yang indah
pagi yang indah

hari ini, jumaat.
penghulu segala hari

hari ke 17 Ramadhan, lama sudah bumi kulim tak ditimpa hujan
hari ini, hujan
moga hujan rahmat hendaknya

**sejuk**

17 Ramadhan 1434H

Salam Nuzul Qur'an


Sabda Rasulullah saw "Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)


banyakkan membaca Al-quran. bukan hari ini saja. bukan bulan ini saja.
biarkan berterusan. sampai kita tutup mata.

cuba pahamkan makna bacaan al-Quran tu. moga lebih bermakna.


umur bertambah. semoga seiring dengan amal. 
semoga kita bertemu di sana kelak. atas nama silaturrahim kerana Allah.

semoga lebih gagah dari semalam

semoga tanganmu bisa menarikku dari jatuhnya ke jurang neraka
semoga aku bisa punya kekuatan untuk memimpinmu bersama berjalan menuju syurga-Nya


tiada yang mustahil

kita punya pilihan

syurga atau neraka

kita pilih



#setahun menginjak lagi. never fret and frown with the ups and downs. Salam 
Nuzul al-Quran. setahun lagi bakal tamat. yeay!


Monday 22 July 2013

sabaq la sikit


petang itu. bukan di bulan Ramdhan lagi. 
dikala para syaiton masih gigih membentuk kita ikut cara dia
dikala itu terdengar bisikan-bisikan syaiton berdesing di telinga 
(sapa yang baca komik ana muslimah pastinya dapat membayangkan)

petang yang penuh dengan tawa di setiap pelusuk dan inci tempat itu
tawa demi tawa
gurau demi gurau
senda demi senda

satu ayat 'zappppp' meluncur laju masuk ke ronga telinga
pedih

hati rasa panas
...panas...
...panas...
...panas...

**senyummm

hati panas  mahu menjawab dan sudah pastinya akan keluar ayat yang kurang sedap didengar oleh orang lain

**diammmm
**senyummm


"indeed Allah is with the patient"
[al-Baqarah: 153]


tiap saat hidup ini, kesabaran kita sentiasa teruji
sama ada ujian itu kecik/besaq

"beratuq tunggu nak bayaq yuran hostel kat bank pun perlukan kesabaran apatah lagi beratuq nak beli nasik kerabu di pasar malam atau bazar ramadhan yang berdekatan"

ada kalanya kita mampu buat tak kesah, buat tak peduli, buat dunno
ada kalanya keluhan berat dilepaskan
ada kalanya kita hanya mampu menangis

andainya kita tahu manisnya erti kesabaran
andainya kita tahu berapa pahala yang Allah nak bagi kat kita untuk satu titisan air mata dan senyuman pada tiap kesabaran itu
mesti tiap2 saat kita nak diuji walaupun pahit

**renung diri, adakah kita cukup sabar?

mungkin bila kita tau manisnya sabar itu,
mungkin cacian,makian,sumpah seranah tidak keluar dari mulut kita mendahului istigfar
**astagfirullah

mungkin bila kita tau sabar itu mampu mendamaikan keadaan
mungkin tiada perbuatan khianat manusia mendahului sabar


#semoga sentiasa bersabar dan gagah



COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM