glitter-graphics.com

Friday 2 September 2011

LEBIH dan KURANG

Tadaa..setelah sekian lama tak update blog..hari ni saya ada 1 story
Petang tu,cadang nak beli tudung raya..tapi terbelek-belek buku kat Hasani Bookstore kat si Giant tu..thee~~ kemudian, ada satu perenggan kat page yang bertajuk lebih kurang begini..”fakta cinta anda dan si sia”..<--- tak abis2 ngan cinta..


Perenggan tu macam ni bunyinya : dalam perhubungan cinta,tidak akan ada istilah memberi cinta “sama banyak” kerana sama ada kamu atau si dia yang akan memberi lebih atau kurang..((**rasa macam ayat tak sama,tapi isi dia sama..kalau rasa sangsi,sila rujuk REMAJA bulan 8 or 9..tak pasti..hooo))


Pastu saya terpikir,ntah...ada jugak yang betoi  pasai statement ni..tapi selalunya,yang akan banyak memberi..of course la perempuan/gadis yang sememangnya pemurah dengan kasih sayang..hehe..dan yang terkenal dengan perangai kedekut,sudah tentu si lelaki..yang asyik nak menerima dan bukannya memberi..
Kalau dalam relationship..either in love relationship or friend relationship ((**wujud eh term friend relationship??))..yang banyak memberi kasih sayang tu,yang lebih menjaga relationship tu..yang lebih beremosi..yang lebih sensitip..yang lebih segala-galanya..PEREMPUAN..urggghh,terasa.terasa..terasa..yang berpura-pura tak peduli..yang tak ambik kisah sangat..yang bajet kool..yang ego memanjang..yaa,betol..LELAKI..((**macam ada diskriminasi sikit..haha))


Contohnya,yang nak ingat segala benda secara details..sapa?? perempuan..yang nak ingat segala kenangan..sapa?? perempuan..yang nak kalut-kalut bagi hadiah time besday mereka..sapa?? perempuan okkk...yang nak temankan mereka study sampai malam..yang nak tolong ni..tolong tu..agak-agak sapa??
TAPIIII...saya teringat satu ayat ni..”lebih baik pilih lelaki yang sayang kita lebih dari kita sayang lelaki tu lebih”..kenapa seorang perempuan yang sudah berkahwin selalu bagi nasihat macam tu?? Sama-sama la kita renungkan..hakhak..


ni sekadar pendapat saya la kan..lelaki selalunya ego kalau masuk bab perasaan ni..mula2 nak tackle si gadis..hamboii,ayat dia..seuntai kata untuk di rasa..macam-macam dia cakap..”i miss u”..”i love u”..”saya takkan berubah..percayalah”..”aishiteru”..”saranghae”..segala bahasa yang dia tau..suma dia sebut..siap dengan pakej,sumpah segala bagai..((**haa..nanti kena panah petir time akad nikah ngan orang lain baru hang tau..huahua..gelak jahat))..tu di awal relationship tu..before si gadis terpukau/terjatuh hati/tertipu..si gadis yang mula-mula agak risau dengan segala ayat tu dah start menaruh harapan..dari hari ke hari harapan tu semakin tinggi..mula-mula watak si gadis sebagai penerima..lama-lama,si gadis akan jadi pemberi..yaa,tak salah kita memberi..sebab tangan yang di atas lebih baik dari tangan di bawah..ciss!! tak sesuai langsung digunapakai time dalam relationship yang tak pasti..kalau dah kawin..boleh la..boleh la..boleh la..haha
antara sebab yang saya boleh fikir kenapa makcik-makcik selalu cakap ..”lebih baik pilih lelaki yang sayang kita lebih dari kita sayang lelaki tu lebih” ..


1.  bila lelaki tu sayang kita lebih,kita tak payah susah-susah nak ingatkan dia besday kita..doa pon dah cukup,tak perlu hadiah rantai,cincin,teddy bear,cekelat Cadbury..

2. kita tak perlu naikkan tekanan darah kita setiap hari bila tengok dia duk bermesra/berchatting/bermesej/bercalling dengan gadis lain..nak call gadis lain boleh..mesej..chatting dan lain-lain boleh..TAPI!!  atas urusan yang penting..kalau sekadar nak tanya..”awak sehat?”..”awak dah makan?”..”awak suka lagu apa eh?”..dan yang sama spesis dengannya..tak perlu!..si lelaki sendiri boleh fikirkan perasaan  kita..kan?

3. tahap kita nak beremosi pon akan berkurangan..sebab,dia takkan buat sesuatu yang melibatkan emosi dan perasaan kita..kalau nak buat lawak ntahpapantah tu..suka hati dia kan~~

4. kita tak payah tak karang esei..or fikirkan ayat macam mana nak tanya pasai hala tuju kalian berdua..ending macam mana..((**yaa,saya tau..kita pon tak pasti ending macam mana kan,kahwin ngan dia/yang lain))..tapi,bila dengan lelaki yang sayang kita..dia dah nampak hala tuju tu..bukan just nak membuang masa berchenta,pastu clash..pastu sambung balik..or gantung tak bertali..cakap sayang,pastu diam macam tu ja..si lelaki tu akan nampak,pasni dia nak merisik bila,bertunang bila,kursus kahwin bila,akad nikah bila,kenduri bila..((**lelaki berwawasan..hakhak..tetiba))

5. kita tak payah buat-buat perlukan pertolongan dia dengan hantar mesej..walhal,taktik nak mesej ja tu..hahaha..bila dia ingat kita,dia akan mesej..takkan kita ja nak buat taktik perigi cari timba..tak best betoi..cakap sayang,time boring baru cari kita..apa masalah kalian? Ingat kami ni para dayang di istana ka?? Memang x ar..hoho

6. kami tak perlukan ucapan “sayang”..”cinta”..”rindu”..dari si lelaki.. actions speak louder than words..eheee..pekehal ni?? Cukuplah tingkahlaku kalian yang membuktikan semuanya..kalau cakap ja kencang,tapi duk flirt dengan gadis lain macam tu jugak..apa pon tak boleh~~

7. takdak idea dah...ahahaha..sila pikir alasan sendiri..

Dah tuuu.perempuan nak buat apa pulak?? Takkan nak menerima ja dari awal..yaalaaa,si lelaki yang ego kena banyak memberi..baru la si gadis yang sememangnya pemurah ni akan terus memberi..kalau perangai lelaki yang murah dengan kasih sayang tu,tak dak yang mustahilnya si gadis nak terbekenan..mungkin bukan esok atau lusa..mungkin setahun dua lagi..haha..lama tak lama la kan..hidup perlukan usaha dan pergorbanan..baru la kita tau menghargai apa yang kita usahakan..ingat ni : BIAR KEPADA SIAPA HATI ITU TELAH DIBERIKAN,PASTIKAN PEMBERIAN ITU IKHLAS SEBAB PULANGANNYA SERUPA


Seorang isteri tu,sentiasa harapkan kasih sayang dari suaminya..so,carilah lelaki yang sayangkan kita..


# entry ni bukan nak galakkan coupling..ahaha..perkahwinan tu tak semestinya di mulai dengan coupling,ayat-ayat2 jiwang segala bagai..sebab tu satu ikatan dan perjuangan suci yang memerlukan...keikhlasan,kejujuran,keberanian,kasih sayang,keimanan..dua hati menjadi satu..hakhak






COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM