glitter-graphics.com

Saturday, 4 October 2014

13 October 2014: my big day!


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah

13 october 2014 yang bakal menjelang. 


Berkat doa mak abah sepanjang 6 tahun, gigih dan gagah di UIAM/IIUM terchenta. Akhirnya tammat sudah perjalanan di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL).

marilah kita ucapkan selamat tinggal dan selamat berusaha sampai nangis adik-adik junior. 
perghh. akak senior. 

wajah gembira akak2 dan abam2 senior AIKOL time ibadah camp

Rasa nak pahat dan ukir time memula masuk asasi UIAM dulu sampai dah nak graduating this coming October. Malu bila ingat balik kat asasi Nilai bila nangis dan merengek kat mak suruh habaq kat abah yang nak keluaq UIA. kahkah.

At last, memang bertapak dalam UIA sampai rasa tak mau keluaq dari situ just sekadar nak jadi alumni. Lagi gumbira kalau boleh bina rumah dalam UIA, sebab suasana yang aman damai sejuk dengan segala jenis binatang. phewww.

Malu agaknya kalau cerita kat anak cucu yang ibu/toknek dia nangis nak keluar UIA. kahkah. Rasanya kena skip part yang tu kot. 

Memang patut sujud syukur bila dapat masuk UIA. Even ada banyak lagi U dekat Malaysia yang hebat. Tapi ada something di UIA yang mungkin ada or takdak kat U lain.

kawan-kawan yang baik hati even kadang-kadang annoying. haha

lecturers yang bersungguh nak mengajar bukan kerana mereka dibayar tiap bulan. Nasihat  tazkirah pengalaman yang dikongsi. Priceless.

Majlis ilmu merata ceruk UIA. Antara nak pi or nak buat busy kat bilik. Andai berjodoh kuat dengan UIA lagi, rasa nak pi tiap majlis-majlis ilmu. 

Betul lah, Allah knows better. Malu dan menyesal nangis nak keluar UIA. hewhew.

Sepanjang 6 tahun bertapak di UIA, ada kawan-kawan yang nak kongsi masalah dan cerita gumbira. 

dari nilai -- gombak

Sampai sanggup kumpul duit sehari 5kupang demi photoshoot ni. Biar sakit kaki janji bergambar sampai puas hati. miahaha!

baling mortar dalam 100x sampai hilang lambang UIA. kahkah. hadap ja kalau kena compound. dah lali dengan compound UIA. hooo

cuba teka siapa kami. find me and win nothing. 


di tangga Kuliyyah of architecture and  ... (KAED) kahkah

selfie people!!


girls' generation versi UIAM. hewhew. inshaAllah bukan produk gagal UIAM.



lain-lain colour line robe. lain-lain course.
hitam-AIKOL
kuning-KENMS
biru-EDU
silver-HS


walaupun pernah 150juta kali berniat nak tukaq kos yang rasa sebati dengan jiwa tapi alhamdulillah lama-lama jatuh chenta dengan law jugak. even bukan totally. haha, chenta itu boleh dipupuk mereka kata.

adanya kawan-kawan yang nak buat group assignment sesama. pening time final year sesama. jadi burung hantu sesama demi mooting dan hearing. syukur sangat. inshaAllah terpahat dalam hati sampai mati.


terima kasih kalian. (macam bagi ucapan time dapat award)

finally. we survived law school. alhamdulillah


habaq kat kakla yang sorang dalam gambaq ni dah nak kawen. kemudian dia tanya, yang tudung merah tu bila pulak nak kawen? mak duk risau.
krik. krik. krik


#lets end our journey in IIUM for 6 years with Alhamdulillah. It was just a beginning people. A good kick start for us. May Allah bless our next episodes of life. lets start our steps with Bismillahiraahmanirrohim.



Sunday, 9 February 2014

langkahku rapuh


disebabkan internet uia yang agak laju, maka sempat gelak kahkah kihkih tengok maharaja lawak mega. layan sepahtu, shiro dan bocey saja. nabil dah penat buat lawak agaknya sebab dia sendirian. forever alone. miahaha. 

part muzikal tu best, sedang duk gelak tengok sepahtu. tetiba muncul part shuib nyanyi lagu "meskiku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadamu". sedap lagu ni. try google. rupanya lirik tu sepatutnya macam ni "meskiku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepada-MU"

bila dengaq banyak kali lagu ni,sangat kena tepat pada batang hidung. 


meskiku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepada-Mu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu


umur dah nak masuk 24 tahun,tapi rasanya lebih banyk kumpul dosa dari pahala. bukan benda senang nak jadi baik rupanya, kadang-kadang tak pasti sama ada godaan syaitan tu lebih kuat atau diri sendiri yang tak gagah. semoga hari seterusnya sentiasa dalam jagaan Allah swt. 

kopi&pasta dari facebook kawan. peringatan dan penyejuk hati buat diri yang selalu lupa. semoga tak ulang dosa-dosa lalu sama ada sedar atau tidak. 


"Surga bukanlah tempat yang hanya dihuni oleh orang-orang yang suci dan mulia. 

Namun, surga adalah tempat 
bagi para pezina yang telah bertaubat, 
pencuri yang telah bertaubat, 
pemabuk yang telah bertaubat, 
anak durhaka yang telah bertaubat,
pelaku syirik yang telah bertaubat...

Mengutip Ustadz Al Maududi Hafizhahullaah, Radio Rodja 756 am.

Masihkah kau ingat dengan dosa-dosamu di masa lalu?

Jika saja kau menyesalinya & menebusnya, maka taubatmu akan memuliakanmu.

Taubatmu akan mengangkat derajatmu.

Taubatmu akan menghadirkan cinta dari Yang Maha Mencinta.

Dan setanpun menyesal telah menggodamu dahulu.




#maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu.


COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM