glitter-graphics.com

Sunday 6 January 2013

tahun baru


exam mood + exam week melanda di uia
paham2 la time macam ni,mental dan fizikal selalunya tak stabil
rambut kalah gumiho, gaya jalan macam zombi, mata macam panda
baca baca baca tak paham otak tak boleh nak hadam
ini la contoh2 side effect kalau study last minute..heww ^^,

baru subject 3rd year tapi seksanya nak paham..mak oiii..satu ayat kena ulang 10x
sebab macam rasa berat otak dah nak terima segala fakta, kes bagai..maka dengan semangatnya nak cakap dengan mereka kat ghumah..

mula2 cakap dengan mak bila nak balik,bila next paper semua la..kemudian dengaq suara2 tak sedap kat belakang tu..

mak: ni ashraf nak cakap..
me: kalut ashraf tu
ashraf: kakna,ashraf dah tingkatan 2
me: awat tingkatan 2 pulak? ooOoo..betoi la sekolah dah bukak
chik: aku dah 20..
me: haha,hang dah 20 tahun..kakna hampa dah 23 tahun
mereka: kakna dah tua..

sungguh! memang tak ingat langsung dah masuk tahun 2013, selamat tahun baru! (**dia sorang baru nak semangat)

cepat pulak adik-aku aku ni dah besaq (monolog dalaman)..rasa macam baru nangis bila tau mak masuk hospital time darjah 3 dulu, kena operate
 macam mak kata : bekas operate ni pun rasa ngilu lagi,ahraf dah besaq

rasa macam baru ja kutip duit raya dengan chik,kayuh beskal dengan beg sekolah besaq,dah besaq budak tu..cepat betoi masa berlalu

dan setahun dah berganjak,umuq dah tua setahun..23 tahun..nasib baik depa kata bdk spm lagi..**ehemm

macam tahun2 sebelum ni,memang takdak azam la..puahaha..takdak matlamat spesific,contoh saya nak lebih bergaya pada tahun ini..saya nak kumpul duit banyak2..aish2

dan dengan tema yang sama macam tahun lepas, tema bebas..so suka hati sendiri la nak buat apa pun,janji jadi manusia yang lebih baik, lebih matang, lebih comey, lebih bijak, lebih dari tahun lepas..cakap banyak pun tak guna kalau tak buat kan..macam berjanji dengan sendiri kemudian tak buat,menzalimi diri sendiri tu..

bukan nak cita pasai tahun baru sangat sebenarnya..time lepas abeh paper equity aritu baru nak rehatkan otak sat,dengan berhibernasi..kemudian kawan menziarah/melawat/datang/mai..sembang punya sembang dari satu topik ke topik kemudian dia cakap..

"kawan laki aku cakap yang budak laki ni, kalau grad takde awek maksudnya macam grad takde scroll"

haa ambik, ayat dibesaqkan font + diboldkan..

pandang kawan laju2 macam dalam tv tu,sangat dramatik ok..

"napa pulak? apa kena mengena awek dengan grad?"

"ntah,dah dia cakap macam tu"

"kalau perempuan boleh terima jugak cakap macam tu,kawan hang laki ka pompuan?"

"laki la..maybe dia rasa kena ada awek time grad tu kot"

"kalau macam tu, tak payah belajaq suruh ja dia cari awek sebab scroll dengan awek sama..kalau grad takdak awek macam grad takdak scroll"

"haha,betul jugak"

"so,kawan hang tu dah ada belum?"

"belum2,dia single lagi"

"diana,hang tak mau cari calon nak kawen?"

"dah jangan cakap pasai kawen dengan aku time2 macam ni"
(sambil tunjuk meja yang bersepah dengan buku dan ketas)

haritu time naik moto dengan kawan,tetiba beliau tanya..

"diana,kalau ada orang nak kawan dengan diana,diana nak tak?"

"napa ... tanya macam tu?"

"saja tanya sebab macam curious,maybe diana dah tak percaya lelaki'

"haha..tak semua laki sama macam tu,kalau ada yang nak kawan tu kalau la ada..kami tak minat dah nak kawan2 ni,nak kawen terus"

"owhh"

kadang-kadang hati rasa letih pikir macam mana masa depan kita, dengan sapa kita nanti..
rasa letih jugak bila tengok mereka duk show off bahagia mereka gaya macam kita dah mati..
bila kita banyak sangat pikir,kita akan rasa letih sangat
soo,dengan ini saya menasihatkan diri sendiri marilah buat yang tebaik untuk yang masa sekarang ni..takkan ada masa depan kalau takdak arini ni kan (**apa aku merepek ni?)

dengan sapa pon jodoh bukan masalah kalau itu yang Allah dah aturkan,mesti yang terbaik untuk kita..put our trust on Allah,everything will be okay..okay?

yang penting jaga diri,jangan sia-siakan peluang Allah bagi ni..dulu try nak jauhkan diri dengan lovey dovey ni sebab kita sedar apa yang kita buat tu salah,dosa..memang la tak pegang tangan,gelak tampaq whatsoever yang nampak macam sweet..sangatlah cuba,susah sebenarnya bila hati dua orang ni..takut mereka tak paham napa kita nak jauhkan diri..bila kita try nak explain benda betul,last2 jadi macam sekarang ni..

macam yang saya mintak jugak, sekiranya dia baik untuk agamaku,duniaku dan akhiratku maka permudahkanlah..jauhkan kami dari segala maksiat..

Allah makbulkan,sekarang ni jadi lone ranger..bukan power ranger..hewhew

mungkin suatu hari nanti, dia yang terbaik untuk agamaku,duniaku,akhiratku akan ada..who knows? Allah is the best Planner

hidup macam sekarang ni lebih hepi,tanpa rasa..tapi kadang2 rasa jantung **berdegup lebih kencang bagai genderang mahu perang..cis, masuk lagu sedanf ingin berchenta pulak..bukan sebab ingatkan mereka, sebab teringat wajah someone..tak kenal pun orangnya..haila,complicated..

btw,takdak perasaan macam dulu..itulah diana yang kawan saya nak..i have granted your wish



we will be perfect together..amin


#sebenarnya entry ni takdak motif, sekian terima kasih..he he..sebab dalam mood exam lagi,nanti baru berazam..cey,konon

No comments:

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM