glitter-graphics.com

Wednesday 30 January 2013

part-timer


semalam cuti,hari ni maleh nak pi keja sebab tidoq lambat pastu penin pala
alasan ja semua tu
sebenaqnya nak bemanja2 kat ghumah..hewhew
**ayat time ada dlm folder draft,berkurun baru nak edit

seronok sebenaqnya jadi part-timer ni,selain jawapan skema yang kita selalu dengaq (ie pengalaman..hehe)
ada banyak lagi manfaat,contohnya..
tak perlu lagi nak merengek2 nak mintak duit kat mak abah sebab nak beli baju selai..ehemm
kenai dengan ramai orang
perasaan ada ramai manusia pelik sekeliling kita
macam2 eksyen bos..ada yang baik dan garang

dulu time f5 time nak tunggu result tak berkesempatan nak keja maka jadi la sorang surirumah yang setia di rumahnya..ceyyy konon

time cuti sem 3 bulan nak masuk 2nd year dulu keja kat kedai cina ni,jual pakaian,kasut sekolah,macam2 la
barang yang murah2..
apa yang best??
tak banyak keja,boleh berangan selalu kalau takdak keja
apa yang tak best??
sebab taukeh cina,susah nak pahamkan waktu kita nak solat..dia ikut jam dia ja,time ni x boleh solat..
ingat taukeh nak tolong jawab nanti? cis2

maka bertukar tempat ke kedai makan,dia bawal goreng
apa yang best? ?
boleh makan free,breakfes + lunch
keja siang ikan,potong sayuq,kadang kena masak jugak T.T
selalu kena buat kerabu,dah terer dah sebab tiap hari kena buat..ahaks riak!
depa semua best!

ni ja contoh lauk pauk yg sempat snap..lebih2 kena marah ngan bos pulek

time nak masuk 3rd year,sempat la keja kat tesco sebagai cashier..bes keja kat cashier sebab bleh scan,pegang duit sampai takdak rupa cap jari dh..cis
pastu mintak tukaq bahagian lain walaupun bes keja kat situ sebab keja tu menyentuh sensitiviti kita sebagai orang Islam
pastu keja la kat bahagian health & beauty kat tesco yg penuh dengan syampu,sabun mandi,ubat gigi dan yg paling penting alat make up yg tak rasa nak pakai buat masa sekarang ni..haha

ada hari tu ada pompuan ni tanya product apa yg best,try la promote benda yg ada kat situ
maka terjadilah perbualan...

me: kak try guna 'gardenia' ni
kak: ...... **tengok diriku lama2
me: apakah salahku **monolog dalaman..cis
me: eh,silap.."garnier"..sambil sengih2 tanda malu

kadang2 ada makcik2 yang tanya pendapat kita, colour lipstick ni cantik x? yang mana lagi cantik?
ehehehe..saya tak pernah pakai makcik..colour ni kot cantik,yang tak berapa nak merah menyala sangat,neutral..

ada makcik ni tanya bedak compact simply siti yang mana sesuai,beliau nak tolong beli untuk kawan
makcik,bedak compact kena beli yang sesuai dengan warna kulit..
haa,kawan makcik cerah..eh,cerah sikit,tak cerah sangat,kaler kuning..haaa,macam kamu la,kuning langsat..
makcik,agak2 la kan kalau kuning langsat..apa2 la makcik..**monolog lagi

selain dari tengok2 customers, kena tolong buka pintu kaca kalau depa nak beli apa2
kadang2 bila stok sampai,kena la gi ambik kat stor..pastu topup barang yang takdak..
kadang2 kena panjat tinggi2,kena susun barang kat promotion area
bes jugak sebab time bulan puasa t depa bagi bubur lambuk free + kurma + kueh
kalau rajin + tak ponteng dapat la kupon/voucher sebanyak rm50 mcm tu la
dapat jugak kupon makanan tiap bulan,sehari boleh guna rm2 jeeeerr...
pendek kata,bes la..



ni jadi part-timer yang terbaru dekat the store yang baru bukak kat landmark kulim
depa ada buka fair baju,diskaun 50% dan 70%
maka,tenaga kerja dari part-timer sangatlah diperlukan
untuk menulis bill dan melipat balik baju yang dipunggah oleh customer yang takmau beli..cis2
ramai jugak part-timer daru uniKL + politeknik + sptm

time nak sembahyang tu takdak masalah,masuk waktu ja sila la p sembahyang k..
yang tak bestnya..makcik/pakcik guard yang ada kekeliruan identiti tu suka sungguh kami ni tuck in baju
tiap kali nampak dia,mesti dia cakap macam ni
"adik kenapa selalu tak buh baju kat dalam? tau dak ni prosedur? buh baju kat dalam cepat!"
"hurrrmmmmmmm" jawabku sambil buat muka toya
alah makcik/pakcik prosedur tak prosedur malu kot pompuan tuck in baju..ingat semat? hudoh duk tayang apa yang tak patut kat orang..kami ni pompuan,pompuan tak sama ngan laki
sepanjang keja kat situ dalam 2 minggu jugak,berjuta la makcik/pakcik tu duk suh tuck in baju..
bagai menyiram air di daun keladi??
maleh nak ikut prosedur yang ntah pape ntah

time keja kat situ,sekali ngan chik so tak la boring sangat
kalau shif pagi kena la sediakan makanan untuk bawak gi sana,berjimat cermat
so,kepada husaband to be..nanti saya akan paksa awak bawak bekal gi tempat keja,kalau takmau bawak
merajuk seminggu!! ok merapuu

30hb januari tu dah abeh la keja sebagai part-timer
maka,yahooo!!!

muka tembam time cuti itu normal ye

kena pakai seluaq itam+baju putih+ tudung pink/putih

bila keja kat banyak tempat macam2 perangai kita tengok
ada laki n pompuan yg dah berkawen tapi duk ngada2 ngan sesapa saja
tu la sebabnya ramai laki tak bagi isteri depa keja kot,tapi kalau laki pon macam tu jugak? senang..dua2 x payah keja..haha
yang sebenarnya,benda macam ni atas diri sendiri jugak..kalau sorang start dan sorang lagi tak sambut,tak jadi jugak..kan?


#bila da keja ni baru kusedari jiwa lebih kepada duk ghumah..haha

No comments:

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM