glitter-graphics.com

Saturday 12 January 2013

kepenyetan


owh,hari ni ada yang himpunan kl112 tu kan?
ramai betoi umat manusia ni kan
tapi ada dua orang yang pi jejalan cari makan kat ong tai kim
kami kat sini panggil OTK ja,kalau sebut penuh2 kena gelak..haha

dengaq cita ayam penyet kat area situ sedap, dari awai sem lagi depa ni duk makan kat sini
dan akhirnya
dan habis semua ke+busy+an sem ni,maka nak try la jugak apa yang sedapnya
dari uia ---> OTK naik bas (rm1)
sampai2 depan kedai tu,huiyooo..ramai manusia kelaparan
shopin seround kemudian baru ada tempat nak bertapak
order makanan minuman
tunggu
tunggu
tunggu
kemudian dah boleh makan

tadaa,tak dan nak snap gambaq sebab lapaq tahap lapaq

[sumber google]

ni gambaq yag google snap??
lebih kurang macam ni la rupanya
ada ayam goreng,sup,tempe yng di belah empat (sila imagine),tauhu, timun+kubis
dan jangan lupa nasik

ada banyak menu kat kedai ni yang berkaitan dengan penyet
udang penyet
embal/ambal penyet
lele penyet (keli ok)
ayam penyet
dan lain2 yang boleh dimakan

ada jugak bakso, mee apa lagi ntah
yang pasti semua macam makanan indonesia/jawa

ramai betoi pelanggan, ruang kedai agak kecil
lepas kami dengan slumberrr nya makan tanpa peduli sapa lalu lalang
dah la makan depan kaunter bayaran >.<

lele penyet (nama nak kiut) hehe

tengah duk lahapnya makan
pandang meja sebelah,ada dua orang laki+pompuan
dah kahwin agaknya sebab pakai cincin 
amboii,romantiknyaaa..
satu pinggan nasi bahagi dua,tinggal satu lagi pinggan..mungkin nak makan lepas tu kot? haha
dan kami makan lagi
kemudian kami cakap
"kak,nasik lebih sepinggan!! dengan crispy2!!"
teruskan makan..
nasik tambah+crispy sampai..
makan lagiii..

tengok meja sebelah lagi..
"kita dua pinggan lain2 tambah sepinggan lagi"
"romantiknya depa makan share 2 orang"
makan lagiii...

tengok2 dah licin pinggan

kawan pandang. "macam mana sedap dak?"
"sedap2..sebab kita makan time lapaq kot"
"laa..macam tue ke"
"haha,dak2 sedap..tapi tak boleh mai makan tiap minggu la"

kemudian gi bayaq..
"berapa ni?"
lele penyet+nasik tambah+sirap limau = rm9
heeee~~


#tunggu kaya nanti mai makan lagi..okeh,chow cincau

No comments:

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM