glitter-graphics.com

Saturday 17 November 2012

kawan #1



Mungkin mereka tidak kita kenali,tapi kerana sebaris nama kita menjadi kawan

Mungkin ada yang bertahan sehingga taman zaman persekolahan,sama ada tadika,sekolah rendah mahupun sekolah menengah saja

Mungkin ada yang bertahan sehingga hari ni **sambil belek2 nama kawan di fesbuk\

Mungkin ada yang baru kita kenali sejak masuk zaman universiti

Mungkin ada yang kita kenali bila sembang2 time tunggu lrt mahupun bas

Siapa pun kawan kita,apa namanya,berapa umurnya,macam mana orangnya..kita tetap paggil dia kawan.

“siapa tu yang senyum2 kat hang?” “kawan aku” heh?

Dari kawan kita menjadi kawan baik kerana kita sekepala..rakan seperjuangan..berkongsi suka dan duka bersama

Alhamdulillah, kita dikurniakan manusia yang digelar kawan..
Tapi ada macam2 spesis kawan ni..

1)      ada yang kawan yang memang kawan
2)      kawan bila senang
3)      kawan bila susah
4)      kawan susah dan senang
5)      kawan yang sayangkan kita
6)      kawan yang buat2 sayang
7)      kawan yang nak kita jadi baik
8)      kawan yang nak kita jadi macam dia **perangai tak molek

untuk survive di dunia ni, disamping hidup ikut yang Allah suruh..kita juga perlukan kawan yang baik..kawan yang mampu bawak kita ke syurga-Nya,bukan neraka-Nya..itulah yang dikatakan cinta sesama insan. Macam ustaz di talk ‘cinta high class’, walaupun kita bersama di dunia ni belum tentu kita akan bersama di akhirat nanti. Jangan sampai kita saling menyalahkan di hadapan DIA kerana hubungan atas nama kawan dibina bukan kerana DIA.

Tu yang penting tu bila ada kawan yang cakap “eh,baju hang pakai tu kecik sangat la” “jom kita gi talk,tajuk macam bes panelis pun bes”  “jangan cakap macam tu,Allah kan masih ada” “Allah tengah uji kita tu”.

Kebanyakan kawan kita sememangnya supportive, bila kita cerita masalah & plan nak buat macam ni macam tu. Mereka akan support. Kat situ kita boleh nampak tang mana supportive nya kawan kita tu. Ada macam2 respon yang kita tengok

1)      kawan yang menangis dengar masalah kita **walaupun time tu kita kool , sangat terharu
2)       kawan yang tolong bagi cadangan
3)      Kawan yang bagi nasihat yang menyejukkan hati **tentang ujian Allah
4)      Kawan yang dengar masalah kita, lepas tu tak peduli sangat

Tapi ada jugak kawan yang support apa saja yang kita akan buat,it doesn’t matter if those things will destroy u or lead  u to something bad. Yang dia tau sebut “aku support ja apa yang hang nak buat”. Tahukah anda? Kawan macam ni sebenarnya tak peduli sangat apa yang akan jadi kita, yang dia tau dia dah laksanakan tanggungjawab dia as a ‘friend’. Supportive tu memang baik. Tapi kena tengok keadaan, support untuk benda baik ke tak baik. Kalau dia support untuk benda tak baik, DIA TAK SAYANGKAN KITA PUN. So,tolong jangan perasaan ada banyak kawan yang support. Kuantiti tak penting,kualiti yang penting.  Sebab tu ada dalam hadis Nabi , “jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang mukmin” -à ayat yang betul tak sure, ni based on apa yang ustaz bagi talk.

Allah dah bagi akal fikiran yang sihat lagi waras kat kita. So pandai2 la gunakan, nanti bila Allah tanya apa yang kita buat dengan akal fikiran kita. Jangan kita saling menyalahkan di hadapan Dia. Ya, memang tak salah kalau kita ada banyak kawan. ‘berkawan biar beribu,bercinta biar satu’. Kita kawan tapi jangan ikut perangai tak elok kawan tu.

Mak saya cakap “ kawan dengan semua orang tapi perangai tak elok jangan ikut”

Bersyukur. Ya, tu perkataan yang paling tepat. BERSYUKUR. Di sekeliling saya, kawan2 semua baik2. Tak tipu. Ajak gi join program ni program tu. Ajak study. Nasihat yang meyejukkan hati.  Kalau tak saya takkan jadi macam hari ni. Pertolongan Allah tu datang dari macam2 bentuk. Yang saya dapat, kawan! Bila kita berniat nak jadi baik, DIA hantar kawan2 yang baik. Bila kita niat nak suka2, DIA bagi kawan untuk suka2.  Hidup ni sangatlah singkat. Sangat singkat. Singkat.

Pilih kawan yang baik demi masa depan yang cemerlang..keh3

# ada sorang kawan meninggal dunia sebab accident. Masa kita bila pulak ya? Dah cukup banyak bekal yang kita ada untuk persediaan berkampung di akhirat sana? Monolog luaran 

No comments:

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM