glitter-graphics.com
Showing posts with label D'tazkirah. Show all posts
Showing posts with label D'tazkirah. Show all posts

Friday, 15 March 2013

sunnah dan hari jumaat


hari jumaat datang lagi
yeay!

sem ni rasa best sikit sebab xdak kelas time hari jumaat
yeay!

macam dr.haniff..lecturer PIL cakap
"we cannot have a class on Friday, that is the time where we should spend with our beloved ones..i mean in halal way"

beloved ones?
Allah swt
Prophet Muhammad saw
family members
friends

dan manusia seperti saya yang bakal menghadap 2 test pada minggu depan dan keja EAW
maka bolehla stat mengadap para buku

sambil2 tu,hari ni jumaat kan..
sila la buat sunnah yang termampu
hidup lebih ceria + aman + damai
inshaAllah






#hari jumaat

Sunday, 3 March 2013

dekat di hati


dengan meggunakan voucher yang masih berbaki rm200 ringgit
maka saya terbeli sebuah buku
berkat recommendation dari kawan
buku "penenang jiwa pengubatan & rawatan imam al-ghazali"

baru sampai bab 4
aish,lambat betol progress

Allah menurunkan wahyu kepada Musa as..

"Wahai Musa,sekiranya enkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada perbicaraan lidahmu,bisikan kata dengan hatimu,nyawa dengan badanmu, sinar penglihatan dengan matamu, dan pendengaran dengan telingamu, perbanyaklah membaca selawat atas Nabi Muhammad SAW"


#sollu..sollu..sollu

Friday, 1 February 2013

akal,agama.malu,amal soleh


Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:

1. Akal boleh hilang disebabkan marah
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2. Para ahli waris akan menarik hartanya
3. Ulat akan menarik tubuhnya
4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”


#hilang 4 perkara yang penting dalam hidup membawa kepada kemusnahan

Friday, 25 January 2013

amalan yang sukar

hujan rahmat di petang jumaat di kulim,kedah
fahamkan hadith ni sebentar~~ he he 

Dari Ali r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah

2. Suka memberi pada waktu susah

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”




#susah nak maafkan bila tengah marah..susah nak memberi bila kita tak punya apa2..susah nak jadi baik bila kita sendirian..susah nak meletakkan sesuatu pada tempatnya..tapi,kita kena berani mencuba menjadikan yang susah jadi senang..=)

Thursday, 24 January 2013

maulidur rasul


salam maulidur rasul 
12 rabiuawal 1434H

dulu time sekolah pakat duk berselawat ramai2 time perhimpunan sekolah
tapi bila dah besaq panjang lagu ni,tak boleh nak harapkan pihak U buat macam tu,nak suruh kita selawat
berselawat bukan setahun sekali,tapi tiap2 hari..bukan macam sambut hari raya tau? 
rajin2kan diri berselawat tak kira masa,sayangilah dan ingatilah baginda Rasulullah sebagaimana baginda sayangkan dan ingati kita

kalau time muda2 dulu kita diperdengarkan dengan kisah kelahiran baginda
kalau tak ingat lagi tak tau nak kata..**ehemm tersedak
bila dah besaq macam ni,rasanya kita boleh pikir sendiri apa pengorbanan,kasih sayang baginda untuk mempertahankan agama Islam untuk kesejahteraan ummat baginda..ya kita!
dah sampai masanya kita pikir berapa banyak sayang kita kat baginda
berapa banyak sunnah Rasulullah yang kita kita ikut

ramai manusia yang post macam2 kat fesbuk,ada post yang menarik hati..heww

There is no God but ALLAH, and MUHAMMAD S.A.W is HIS Messenger...

-The prophet Muhammad S.A.W is the most influential person on the world. He is the example to us, a father, a leader a Muslim. There is no better way to remember the prophet than by following his sunnah and teachings. Keep improving and keep united. May ALLAH bless us all-

"Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive. The majority of the persons in this book had the advantage of being born and raised in centers of civilization, highly cultured or politically pivotal nations"
(Michael H. Hart, The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History)

"I have studied him the wonderful man, and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the saviour of humanity. I believe that if a man like him were to assume the leadership of the modern world, he would succeed in solving the problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness.”
(Bernard Shaw-A collection of Writings of some of the Eminent Scholars published by the Working Muslims Mission, 1935)

-Salam Maulud-


Anas bin Malik mengatakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu dia bertanya, 
“Ya Rasulullah, bila kiamat?”
Rasulullah bertanya balik, “Apa yang telah kau siapkan untuk kiamat?”
Lelaki itu menjawab, “Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Rasulullah bersabda, “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”
(Imam al-Bukhari dan Muslim)

 jom rajin2 berselawat bukan untuk hari ni,tapi tiap hari selagi kita mampu..inshaAllah

sebelum tu jom dengar lagu dari unic&inteam..binabil huda,best


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Artis: UNIC
**credit to blog sapa entah yg translate maksud lirik lagu ni..=)


#syahdu dengaq lagu inteam-pemergianmu..=')

Monday, 7 January 2013

padi dan rumput

belek2 fesbuk sambil study,eleh macam tak penah buat kan..tapi satu status ni menarik hati..


Assalamu'alaikum,

Saat kita menanam padi...
 
Rumputpun ikut tumbuh ......
TAPI saat kita menanam rumput...

Tidak pernah tumbuh padi...

Dalam melakukan "kebaikan"... Kadang² hal yang "buruk" turut menyertai ...

NAMUN saat melakukan "keburukan"...

Tidak ada "kebaikan" bersamanya....

Jangan bosan untuk berbuat "baik"...

Meski kadang tidak sempurna.

Manusia menjadi sempurna justru karena memiliki.. "Kekurangan" disamping "Kelebihannya".

Maka kita tetap Bersyukur, Kita masih di beri kesempatan untuk terus memperbaharui.. ..dan memperbaiki

 segala kekurangan yang ada pada kita. 





# credit to cinta dan persahabatan dalam Islam..nice sayings..jangan penat buat baik (mcm selalu

 diri sendiri buat baik kan..huhu)..rindu nak balik sp,nak tengok sawah padi aka bendang


Sunday, 6 January 2013

jatuh sakit



Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,

Allah akan utuskan 4 orang malaikat :



1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....




#bila tengok diri sendiri rasa bersyukur sebab masih ada manusia yang bertarung dengan sakitnya..Allah


6 pesanan untuk hawa


scroll scroll jumpak artikel kat fesbuk
buat peringatan diri sendiri yang selalu lupa


1. Jaga solat pada awal waktu.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman

Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh

yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak

mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium

Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya

tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam.

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.

Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,

makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari

syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air

masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan

kepada Allah swt atas wanita tersebut.



6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah
.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah

di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk

solat dia sendiri.








#semoga tahun ini jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

Wednesday, 11 April 2012

10 di sini untuk kebaikan di sana



10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.








1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.




2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari 

Kiamat.



3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada

hari kiamat.



4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau 

fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.



6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.




7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika 
menghadapi kematian.



8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.




9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.




10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.





# jangan kedekut masa untuk DIA..jangan sampai lidah terbelit nak sebut Ayat-ayat cinta 

dari DIA..jangan sampai ke hujung hayat tak boleh nak sebuah dua kalimah 

syahadat..nauzubillah

Friday, 9 March 2012

pesanan lukman

salam hari jumaat..mulakan hari yang indah harini...teheee

Pesanan Luqman kepada anaknya:


“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:


1-Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.

2-Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
3-Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
4-Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
5-Ingat kepada Allah SWT
6-Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
8-Ingat kepada mati."


#pesanan untuk diri sendiri jugak...Y.Y

Thursday, 8 March 2012

kongsikan bersama

sedang membelek facebook..maka terjumpa true knowledge..simpan di blog..inshaALLAH..tak ilang..teheee


Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
... ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

Wednesday, 25 January 2012

rabiulawal

dah masuk bulan rabiulawal untuk tahun hijrah
masih kita ingat Nabi Muhammad saw dilahirkan?
yaaa,12 rabiulawal
semoga kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah
inshaALLAH




#malu plak duk letak lagu kpop...T.T





Wednesday, 17 August 2011

nuzul Al-Quran


..::hari ke-16,malam ke-17::..

ustaz mulakan tazkirah yang ringkas..(20 minit)..^^,
"hendaklah kamu memberi peringatan kerana peringatan itu bermanfaat"

mereka yang gerun dengan Allah ilah orang yang mempunyai ilmu

okeh,masuk sejarah Islam..
pada waktu Imam Hanbali,ada perbezaan pendapat di kalangan Mu'tazilah yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk..imam Hanbal tetap tegas dengan pegangannya yang al-Quran bukan makhluk,tetapi kalam Allah..lalu beliau dipenjarakan lebih kurang 13 tahun,dipasung dan dirantai..dalam keadaannya di dalam  penjara, Imam Hanbali tetap bersembahyang, membaca al-Quran,bertasbih,bertahmid..((*kalau kita pulak macam mana eh??))
semasa hidupnya,apabila beliau tak sibuk..beliau akan sembahyang sebanyak 300 rakaat..bila beliau sibuk,150 rakaat..dan seminggu sekali imam Hanbali akan khatam al-Quran

cerita ringkas pasai imam Hanbali...
**sambung**

dalam surah al-Furqan,ayat 63-65 yang bermaksud..

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas mukabumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, jauhkan azab Jahannam dari Kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”
dalam ayat ni,Allah menyuruh kita menjadi hamba-Nya yang pemurah dan penyayang..

merujuk Hadis Qudsi ((**khabar yang diilhamkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi dan kemudiannya disampaikan oleh Rasulullah melalui perkataan baginda sendiri))

Allah S.W.T. berfirman dalam Hadith Qudsi: “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sesungguhnya Aku bermaksud akan menurunkan siksaan kepada penduduk bumi, tetapi ketika aku lihat penghuninya sedang memakmurkan rumah-Ku (Masjid), saling mengasihi sesamanya kerana Aku, selalu melakukan istighfar (memohon ampun kepada-Ku) di waktu sahur, Aku palingkan siksaan itu dari mereka.”

kalaulah Allah bersungguh-sungguh nak menurunkan bala kerana manusia banyak melakukan maksiat di atas bumi,semuanya tak mustahil..tetapi Allah tak menurunkan bala kerana 

1. apabila Allah melihat orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah/mengunjungi rumah Allah (eg :: masjid,surau,dll)

2. orang yang beristigfar pada waktu pagi letika orang lain tengah tidur ( eg :: sembahyang sunat,sembahyang sunat wudhu')

3. orang yang berjalan dalam keadaan tenang & rendah hati di atas muka bumi

4. orang yang menggunakan sebahagian besar malam dengan beribadah kepada Allah ( masa yang paling baik  untuk mintak doa ialah time sujud kerana waktu tu kita berada dekat dengan-Nya)

5. di waktu malam mereka banyak melakukan zikir dan waktu pagi  mereka beristigfar


ada dalam 1 hadis qudsi..((**tak jumpa hadis yang full))
Allah bertanya kepada malaikat,di mana jiran-jiran Allah..terdapat 2 golongan yang menjadi jiran Allah...
1) orang yang membaca al-Quran,faham.selidik dan mengamalkannya
2) orang yang mengimarahkan masjid


mereka yang akan menjadi jiran Nabi Muhammad saw kelak ialah..orang yang ada anak perempuan dan berjaya mendidik & tarbiyah dengan baik sehingga menjadi anak solehah..((**hooo))


ada satu lagi hadis qudsi..

 "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) . 

**Allah tak bagi scale untuk puasa kerana ia rahsia Allah


sambung.......

di antara sebab mintak dijauhkan diri daripada siksaan api neraka..kerana azab neraka itu bersifat kekal,terlalu dasyat dan siksa..dan neraka tempat menetap yang palin teruk sekali..((**mintak dijauhkan..T.T))

andai ditakdirkan-Nya..kita bertemu dengan lailatulqadar..berdoalah..

Doa Apabila Bertemu Lailatulqadar



“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”

~KAIFIAT DAN KHASIAT~
Daripada Aisyah r.a. dia berkata kepada Nabi s.a.w.: “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Ucapkan doa (tersebut).” 


 --> doa semoga tak dimasukkan ke dalam api neraka





# keberkatan yang Allah bagi kepada orang yang baik,kita tak pernah sangka..((**nak jad baik jugak!)) 

Tuesday, 16 August 2011

ISLAM,MUKMIN,MUTTAQUN

  
hari ni ustaz cakap pasai tajuk kat atas tu..
ustaz dari mesir,ustaz al-azhar..
bes pulak bila dengar ustaz2 ni study sampai kat sana kan..okeh,stop..melalut..

ustaz tersebut start tazkirah dengan cita pasai tok guru beliau yang sudah meninggal dunia..
**sambil2 tu kita cita la sikit eh**
cita beliau bermula : time arwah tok guru beliau tengah mengajar,pastu arwah bersandar kat dinding..dia cakap,dalam bahasa arab.."sesunggunya,aku akan pergi menemui Tuhanku"..lepas tu,arwah tak bernafas dah..innalilahiwainalillahiraj'iun

 mari mulakan..

ustaz tu baca surah al-baqarah,yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183) 

betapa sopannya cara Allah memanggil/menggelarkan kita.."wahai orang-orang yang beriman"..siapa orang yang beriman? apakah yang dikatakan sebagai orang Islam?
orang Islam ialah mereka yang melakukan/mengerjakan rukun Islam yang 5 tu..mengucapkan syahadah,solat 5 waktu sehari semalam,berpuasa di bulan ramadhan,mengeluarkan zakat,mengerjakan haji..((haa,yang ni suma tau kan?))

sambung lagi,betapa bertuanya kita sebab sejak dilahirkan kat dunia ni..kita tak payah nak mengucap 2 kalimah syahadah..kita memang dilahirkan Islam,sebab mak dan ayah kita Islam..mungkin atas sebab tu,kita tak pernah tau erti susah payah/pengorbanan baginda Nabi Muhammad saw memperjuangkan Islam..baginda dilemparkan batu,dicaci,dimaki,dipulaukan..
kita? ((*dalam hati cakap,sebab tu ramai yang sanggup gadaikan agama sebab cinta dan duit..MURTAD..nauzubillah))

 mereka yang mukmin pulak..bila dia buat yang 5 dan percaya pada yang 6..beriman pada Allah,Malaikat,Nabi,Kitab,Qada' Qadar dan Hari Kiamat..

Muttaqqun ialah orang yang bertakwa..mereka yang benar2 takutkan Allah..

macam ustaz tu kata.yang Islam tu ramai..yang Mukmin tu sedang2..yang Mutaqqun tu jarang2..
 ((peringatan kat diri sendiri))



# banyak tazkirah ni memang kena kat diri sendiri..huuu~~ belajar berubah 



Monday, 15 August 2011

tazkirah yang mantap!!


salam Ramadhan ke-15
ambooii,cepat betoi..dah ari yang ke-15
tazkirah di surau taman jati semalam..
something amazing..alhamdulillah

ustaz tu cakap,isi lebih kurang macam ni..((tanpa elemen tokok tambah))..hoohoo..
merujuk surah AL-BAQARAH ayat 183
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

ibadah puasa tu memang dah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu,so..takdak alasan umat zaman sekarang nak merungut dengan ibadat tu..dan di dalam bulan Ramadhan tu,ada malam Al-Qadar..yang lebih baik dari 1000 bulan..dan malam tu hanya dikurniaankan pada umat Nabi Muhammad..SubhanaALLAH
antara sebab Allah kurniakan lailatulqadar   pada kita yang bertuah ni..

1.umat Nabi Muhammad saw,umurnya pendek..kalau manusia dulu kala umurnya panjang..
contoh nabi Nuh a.s : 950 tahun
nabi Syuib a.s : 2000 tahun..
kita yang meninggal dlm lingkungan 100 & above,bak kata ustaz tu.."hampa ni kira mati muda la" huu
sebab tu ada tertulis yang umat terdahulu beribadah selama beratus tahun..kita??
sebab tu Allah bagi malam al-Qadar,malam yang lebih baik dari 1000 bulan..
lagipun,kalau kita nak buat ibadah macam mereka dulu..memangla tak mampu..

 Ibn Abbas meriwayatkan dalam hadis,semasa Ibn Abbas ikut Nabi Muhammad solat..selepas al-Fatihah,terus disambung dengan surah al-Baqarah,Al-Imran,al-Maidah dan al-Nisa (<--sila confirmkan surah al-nisa or yang lain)..bila Nabi rukuk,dan sujud..lamanya sama macam bacaan keempat-empat surah..
((kalau saya,baru setengah muka..dah lenguh kaki..T.T))


 2.time bulan Ramadhan ni Allah lembutkan hati kita..sebab tu,bila time Ramadhan..penuh ja masjid,surau, pasar malam,giant..hehehe..maka,bersyukurlah..sebab kita antara insan yang dipilih sebab berada di tempat2 yang baik time bulan Ramadhan ni..kita semua tau kan,setiap kali kita buat dosa tu..dosa tersebut akan tinggalkan titik hitam kat hati kita..lama2 hati tu akan mati..yaaa,sebab tu..kalau kita rasa nak buat maksiat tapi hati kita rasa bergetar..lebih baik lupakan ja,sbb itu tandanya hati kita masih ada NUR..

then...lets continue..

kita juga disuruh meng'upgrade' kita punya ibadah.kalau dulu sekadar cukup solat 5 waktu,berpuasa..dah semakin tua,semakin tinggi grade kita kat depan ALLAH..sesungguhnya,Allah melihat hati seorang manusia itu dan bukanlah tubuh badanya..tambah2 la amalan yang mana mampu dan  istiqamah..
macam ustaz tu cakap,kalau dari dulu lg kita duk buat amalan yang sama..mungkin jugak Allah tak terima ibadah kita..mungkin..(wallahu'alam)

berubahlah kepada sikap yang lebih baik..tinggalkan perangai mazmumah ((eheee..terkena kat diri sendiri))..
 contoh2 perangai mazmumah..
1. sombong :  berbangga  dengan apa yang ada

2. ujub : bangga dengan diri sendiri ( syok sendiri) bila kita berjaya melakukan sesuatu..kita tak sedar pon yang Allah yang bagi kita kesempatan untuk melakukan ibadah tersebut

3. merendah2kan orang lain

4. bersyukur dengan apa yang kita ada..


dan sebgainya sifat mazmumah yang kita patut try ubah..






# layakkah kita pada usia 2+ & above meminta tempat di syurga ALLAH? jika dibandingkan dgn umat terdahulu yg beribadat beratus tahun lamanya..sbb itu ALLAH kurniakan Al-qadar pada umat Nabi Muhammad,lebih baik dr 1000 bln..sekiranya hati kita masih bergetar bila nak buat maksiat,maknanya..masih ada NUR..dan ALLAH lembutkan hati kita pada bln Ramadhan ni..sooo,lets grab those opportunities!!


Saturday, 13 August 2011

I.L.M.U

..SALAM hari ke-12 kita gigih berpuasa..
malam hari yang ke-13
((mungkinkah masih ada kesempatan untuk esok?))
inshaALLAH..

malam ni,ada sesuatu untuk diceritakan..dikongsi..haha
kadang2 kita tak terasa yang kita tak cukup ilmu..kita sering berbangga2 dengan ilmu yang kita ada..
alhamdulillah..dengan keizinan DIA,maka tazkirah malam ni dimulai + diakhiri dengan BAIK!! yezzz~~

tajuk malam ni?? taktau  la..ustaz tu cakap secara general...tapi..main point dia pasai umur,harta,ilmu,sihat

okeh,lets begin dis entry..
ustaz tu cakap lebih kurang bunyi macam ni,walaupun nada dan ayat tak sama..haha..tapi isi sama..


kalau kita tengok remaja zaman sekarang,banyak yang melawan arus..sebab semuanya bermula dari didikan kat rumah..macam yang kita selalu dengaq,tuntutlah ilmu dari dalam buaian (ndoi :loghat kedah)
kalau dulu,buaian tu dibuat dengan tali+ kain batik/pelikat yang mak ayah kita guna..bila nak tidoqkan bayi tu,mesti berzikir..((nanti ibu buat macam ni ok?? haha))
sekarang?? dah maju..pakat p beli kat kedai,yang guna letrik..tak payah susah2 nak hayunkan ndoi tu dah..siap pasang CD lagi..kalau pasang Cd zikir tu,alhamdulillah la..tapi?? kalau terpasang lagu hindustan..haaa..tak ke haru budak tu..

mereka yang suka melawan arus + melanggar perintah Allah..seperti siblings si "PIG"..kenapa? sebab bila si pig nak dimasukkan dalam kandang,kena tolak masuk pon..depa tak mau..(suruh benda baik : contoh ) tapi? bila kena tarik ekor ke belakang,baru nak masuk..hailoh..adakah kita macam tu?? sama2 la bermunasabah..hooo~~

perkara2 yang akan disoalkan di PADANG MAHSYAR kelak,pasai umur yang ALLAH bagi..so,kalau dah berumoq panjang sampai 70 tahun onward tu..sama2 kira la,try tolak umoq time baligh..masa time berjoli..time bersuka ria..dah tua2 baru nak sujud kat sejadah,inshaALLAH..kalau ibadah kita tu diterima untuk bekalan nanti banyak dan boleh cover masa yang terbuang..kalau sebaliknya?? ((tambah2 saya yang baru berumoq 21 tahun..banyak sangat ka amalan saya tu?? huu))

pastu pasai harta kita..adakah harta kita tu dibelanjakan kat JALAN ALLAH?? ((dush3..kena kat batang idung sendiri)).. 

then,pasai ilmu..akan disoal mereka yang memepunyai ilmu,dan adakah mereka mengunakan ilmu mereka sebaiknya dan tanpa mengaut keuntungan di dunia?? seperti yang kita tau,ilmu tu sesuatu yang mesti dicari..takdak istilah ada ilmu yang bes dan tak bes..((uuu,yang terasa jugak!!))

pasai waktu sihat kita..so,jangan terlebih bangga dengan badan kita yang tak pernah sakit..tanya diri sendiri,siapa yang kurniakan nikmat tu?? yaaa..DIA..so,kita yang sihat ni hendaklah menyeru kawan2 yang lain untuk melakukan kebaikan..

selama beberapa taun kita beribat,solat..puasa..baca Quran..adakah ibadah kita benar2 diterima-Nya?? adakah niat kita tulus kerana DIA?? wallahu'alam

then..ada masuk sikit pasai aurat+jenis2 tudung yang bahaya..dan menimbulkan syak,adakah benar2 menutup aurat??

tudung yang dililit dan tak tutup sepenuhnya..
((huuu..terasa2!!))

macam  ni pon salah..((nasihat untuk diri sendiri))

fesyen bonggol unta..huuu..jauhkanlah~`

tudung syira yang dipinkan ke belakang +nampak bentuk leher

 fesyen yang last ni bahaya..kerana menyerupai pemakaian bangsa YAHUDi..takot merosakkan akidah..jauhkanlah..banyak lagi fesyen yang manis + cantik + tutup aurat..

tazkirah dari ustaz yang banyak faedah + ada input.

"SEMOGA HARI INI LAGI BAIK DARI SEMALAM"



# hoo..entry kali ni sikit serius..takpa la..coz bley jadi peringatan..kepada diri sendiri dan sesiapa saja..inshaALLAH 


Monday, 1 August 2011

myTAZKIRAH



..assalamualaikum..

kat page myTAZKIRAH ni,saya rasa nak share something yang perlu di share..hooo..bila kita tau sesuatu yang berfaedah,apa salahnya kongsi..sharing is caring..am i rite?? ..^^,

alhamdulillah,tahun ni 2011..bulan Ramadhan sempat dirasai sampai la hari yang ke12..dah masuk fasa yang ke2 ni..
fasa 1 : kerahmatan
fasa 2 : pengampunan dari Allah
fasa 3 : pembebasan dari api neraka
inshaAllah,kita semua bleh survive 3 fasa ni

actually,kat sini..surau sini..depa  pakat buat semayang tarawikh 8 rakaat ja,plus,witir 3 rakaat..tapi after 4 rakaat,akan ada tazkirah/tarbiyah sikit..((0wh,jarang2 dengaq tazkirah..setelah sekian lama))

malam haritu,ustaz sorang ni cita pasai bulan puasa..
seperti yang kita sedia maklum,selalunya bulan posa ni depa panggil bulan posa la..
so,ustaz tu sarankan kita sebut BULAN RAMADHAN BULAN HIDAYAH..
why??
sebab time ramadhan ni la,semua pahala akan dilipat ganda..berlipat kali ganda..this is for our own opportunity..bekalan kita kat sana ---> akhirat..
bila lagi kan?
sambung : ustaz kata..di bulan ramadhan ni,kita mesti mencari hidayah tu dengan menggunakan semua anggota kita..bukan sekadar dengan membaca Quran,semayang sunat,dll..tapi segalanya yang berbentuk kebaikan..contoh : tolong mak masak,tolong p beli barang..semuanya la..
haaa...kalau mencuri tu..tak dikira la eh..T.T

inshaALLAH,kalau niat kita kerana DIA..ada la ganjaran untuk kita,mungkin bukan disini..tapi di sana..penuh pahala dalam akaun time d akhirat kelak..amin~~

opps,kalau belanja awek makan..teman awek p jalan2..tolong shopping ngan awek..tu tak kira kebaikan la..dont u ever try to create some grey areas..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

malam yang lain,ustaz lain pulak bercerita pasai ibadah di bulan puasa..RAMADHAN KAREEM
ustaz ni bes dengan gaya cakap yang membuatkan saya terasa..SYABAS!

ni info,maybe orang lain dah tau..tapi saya baru tau..haha
seperti yang sedia maklum,perkataan PUASA..dalam bahasa arab = SAWN
terdiri dari ..sod-wau-mim
yang bermaksud>>>
SOD = (SABAR) dalam melakukan ibadat dan dalam meninggalkan larangan-Nya
WAU = (WARAK) mencegah diri daripada melakukan perkara yang syubhat apatah lagi yang haram
MIM = (MUKHSIN) iaitu dapat merasakan apabila melakukan sesuatu seolah2 ALLAh sedang melihat kita dan kita berada di hadapan DIA


hurmm,sambung lg..
ustaz tu cakap..
semayang tarawikh memang tak salah kalau buat 8 rakaat..
TAPI..
pahala kita dengan org yang buat 20 rakaat takkan sama..
time Ramadhan ni la kita kena try to get the opportunies in order get the rewards..
kalau la kita tau yang betapa banyaknya pahala yang telah digandakan..berebut2 kita nak cari
macam kat mega sales,ramai makcik2 pakat nak cari baju yang ada diskaun..
macam bulan puasa ni la,macam2 ganjaran ada..
so,kurang2kan la buat aktiviti yang tak berfaedah..
banyakkan beribadat..<NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI>

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# myTAZKIRAH akan disambung ke entry yg lain..lagi banyak yang bley stori pasni..hooo~~


COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM