glitter-graphics.com
Showing posts with label D'study. Show all posts
Showing posts with label D'study. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

13 October 2014: my big day!


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah

13 october 2014 yang bakal menjelang. 


Berkat doa mak abah sepanjang 6 tahun, gigih dan gagah di UIAM/IIUM terchenta. Akhirnya tammat sudah perjalanan di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL).

marilah kita ucapkan selamat tinggal dan selamat berusaha sampai nangis adik-adik junior. 
perghh. akak senior. 

wajah gembira akak2 dan abam2 senior AIKOL time ibadah camp

Rasa nak pahat dan ukir time memula masuk asasi UIAM dulu sampai dah nak graduating this coming October. Malu bila ingat balik kat asasi Nilai bila nangis dan merengek kat mak suruh habaq kat abah yang nak keluaq UIA. kahkah.

At last, memang bertapak dalam UIA sampai rasa tak mau keluaq dari situ just sekadar nak jadi alumni. Lagi gumbira kalau boleh bina rumah dalam UIA, sebab suasana yang aman damai sejuk dengan segala jenis binatang. phewww.

Malu agaknya kalau cerita kat anak cucu yang ibu/toknek dia nangis nak keluar UIA. kahkah. Rasanya kena skip part yang tu kot. 

Memang patut sujud syukur bila dapat masuk UIA. Even ada banyak lagi U dekat Malaysia yang hebat. Tapi ada something di UIA yang mungkin ada or takdak kat U lain.

kawan-kawan yang baik hati even kadang-kadang annoying. haha

lecturers yang bersungguh nak mengajar bukan kerana mereka dibayar tiap bulan. Nasihat  tazkirah pengalaman yang dikongsi. Priceless.

Majlis ilmu merata ceruk UIA. Antara nak pi or nak buat busy kat bilik. Andai berjodoh kuat dengan UIA lagi, rasa nak pi tiap majlis-majlis ilmu. 

Betul lah, Allah knows better. Malu dan menyesal nangis nak keluar UIA. hewhew.

Sepanjang 6 tahun bertapak di UIA, ada kawan-kawan yang nak kongsi masalah dan cerita gumbira. 

dari nilai -- gombak

Sampai sanggup kumpul duit sehari 5kupang demi photoshoot ni. Biar sakit kaki janji bergambar sampai puas hati. miahaha!

baling mortar dalam 100x sampai hilang lambang UIA. kahkah. hadap ja kalau kena compound. dah lali dengan compound UIA. hooo

cuba teka siapa kami. find me and win nothing. 


di tangga Kuliyyah of architecture and  ... (KAED) kahkah

selfie people!!


girls' generation versi UIAM. hewhew. inshaAllah bukan produk gagal UIAM.



lain-lain colour line robe. lain-lain course.
hitam-AIKOL
kuning-KENMS
biru-EDU
silver-HS


walaupun pernah 150juta kali berniat nak tukaq kos yang rasa sebati dengan jiwa tapi alhamdulillah lama-lama jatuh chenta dengan law jugak. even bukan totally. haha, chenta itu boleh dipupuk mereka kata.

adanya kawan-kawan yang nak buat group assignment sesama. pening time final year sesama. jadi burung hantu sesama demi mooting dan hearing. syukur sangat. inshaAllah terpahat dalam hati sampai mati.


terima kasih kalian. (macam bagi ucapan time dapat award)

finally. we survived law school. alhamdulillah


habaq kat kakla yang sorang dalam gambaq ni dah nak kawen. kemudian dia tanya, yang tudung merah tu bila pulak nak kawen? mak duk risau.
krik. krik. krik


#lets end our journey in IIUM for 6 years with Alhamdulillah. It was just a beginning people. A good kick start for us. May Allah bless our next episodes of life. lets start our steps with Bismillahiraahmanirrohim.



Wednesday, 12 June 2013

LAP: hari ketiga


pukul 745 pagi dah kena menghadap muka pintu opis 
sebab pagi ni kami kena p mahkamah kat sungai petani

sampai pukul 9 macam tu cari la mahkamah sesyen 
sejuk sungguh la dalam tu
pagi2 penuh dengan lawyers saja

pastu keja duk menguap macam naga dragon ball sebab sejuk
suasana macam dalam library
suasana mengundang mengantuk
hahaha

tapi macam best jadi lawyer
kena pikir balik cita2 kot

hewhew

tuan hakim pun lawak dan tegas
duk bagi nasihat kat para lawyers dan parties


#sekian tammat 



Monday, 10 June 2013

LAP: hari pertama


malam nak praktikal esoknya tu,tak rasa apa-apa
nervous gelisah curiga cemburu
zerooo
sebab mengantuk kot..kekeke

pagi yang cerah, opis buka pukul 830
maka dengan berbaju kurung bunga-bunga kecik kaler biru muda dan biru muda
(**ada orang peduli kaler baju?)
dengan beg galas tepi,ala gengster
berjaya jugak sampai sebelum kul 830

sampai opis,cakap "saya budak praktikal dari UIA,nak kena jumpak sapa ye?"

stop! legal firm ni ada 2 department 
satu bahagian litigation (2nd floor) dan conveyancing (3rd floor)
maka saya berada di bahagia dua..maybe sebab bos kesian nak suruh panjat tinggi2..heee

big bos cakap ramai jugak yang mintak praktikal kat sini,alhamdulillah rezeki memasing. dapat jugak nak praktikal kat sini

kat bahgian litigation tu ada seorang lawyer yang super senior uia jugak
dan beliau seorang yang sempoi,lawak dan tegas

hari pertama sekadar tengok2 file cases yang dah setel
potostat ketas2 yang berlungguk
dan rasanya saya failed dengan benda mesin ni
hewhew


#tammat hari pertama

Sunday, 21 April 2013

felt workshop


bila scroll facebook, macam2 bisnes yang mereka buat
jual keychain, jual tudung bawal, jual kain pasang, jual tora, dindang dan macam2 lagi
semuanya kiut miut

maka pada suatu hari cik ayu pm kat fesbuk,kata beliau ada kelas menjahit
mula-mula ingatkan menjahit baju kurung..woah!
baru berniat nak rosakkan baju raya orang
owh,rupanya kelas felt..
tahukah anda apa itu felt?
sila google laju2

felt tu dalam kategori benda comey yang para gegadis sangat suka
ada keychain, henset case, bantal, letak kat phone
ikut kreativiti masing2 la ye

so, pada 12 april 2013
kami bertiga ke econs demi menuntut ilmu cara jahitan felt ni
cewah!!!
saya, cik ayu dan cik ina

tapi ada adegan terlambat sikit..hehe

baru siri 1..jangan lupa lepas 1 ada 2 3 4 5 6 7

yuran: rm15
sekali dengan bahan-bahan dan makanan

mula2 kak ayu dan kak bella buat demonstration macam mana nak menjahit
dan basics nak menjahit,gaya dalam kelas ekonomi rumah tangga
jahitan jelujur halus
dan
insang pari

dah expert jahitan ni memang cantik la jahitan felt tu
boleh la show off..hewhew

lepas dah buat demo,kami pon try buat
hp case
semua buat muka gigih
gunting 
jahit
melukis
gunting
jahit





























[sumber gambar: facebook crafty mommy]

nampak macam senang tapi sebenaqnya complicated
nak ukur, gunting, jahit sana sini
tapi kalau dah selalu buat
sambil tengok runningman pon boleh menjahit

kemudian kak ayu dan kak bella
ajar nak buay keychain pulak
tapi tak sempat siap

sebab rasa macam semangat nak menjahit 
berjaya la buat 2 keychain
tapi si adik tak amik gambaq lagi
cis2

dalam pukul 530 macam tu,kelas dismiss
ingatkan takdak makanan ke hapa ka
rupanya ada
alhamdulillah,rezki kan
dah la time tu lapaq sampai perut nyanyi lagu dangdut dah aih

melantak dulu sebelum balik
sebelum beli makanan lain kat hs kafe
hewhew






dan akhirnya malam tersebut berjaya siapkan hp case ni,konon2 gigih nak pakai esok time paintball..puahaha


encik gajah turquoise
saya suka gajah!!


#nanti nak beli lagi barang-barang nak buat felt..selain hobi boleh buat bisnes time short sem ni ka..keh3
belajaq ilmu baru, bestttttt!! 



Monday, 25 March 2013

they love me they love me not


awai sem ni kami dipaksarela pi beratur nak ambik baucer rm250
rezeki student kan..alhamdulillah..

maka semua pakat dah ada plan nak beli macam
buku, alat tulis, pensel warna, crayon, kaler ayaq jenama buncho

first trial nak guna baucer
akhirnya terbeli buku ni,setelah di rekemenkan oleh cik ayu

rm25 di jusco
baru baca sampai topik 5..lambat betoi progress




untuk bonda: mak tnya,awat x beli saji..xtau mak,beli yg mana nampak sedap saja


second trial: berjalan-jalan di big bad wolf KAED gallery
banyak gila buku..tapi semua in english
susah jugak nak hadam perkataan bi
except law books..kena hadam jugak sampai kenyang
teheee

terbeli jugak buku ni,tanpa plan

buku penuh gambaq kucing
untuk tatapan kucing if mereka nak cari calon

rindu pulak kat apai yang lari besama dengan apai yg lain..ciss


alolo..manjanya..goreng pun sodap 

pinocchio: duk diam atas meja sebab si bongsu xmau baca..ketegaq sgt aih

baru baca introduction..hehe


kemudian tanpa menggunakan baucer, maka berjaya membeli 

1) Quran terjemahan

yang adapun bi punya,susah jugak nak paham
takut tersalah paham
beli la yang bm,senang nak paham
baru la bermakna sikit bacaan tu..ye dak?

rm20..asalnya, rm25..kena pandai tawar menawar la kan


2) novel: suami aku ustaz
ada kawan yg nak let go novel ni
katanya nak beli novel baru
so nak try la baca
sinopsis macam bes
tapi x try lagi..kekeke

suami saya ustaz..suami awak? **gaya riak


tapi..tapi..tapi
baucer ada lg rm150
teheee
nak habehkan baca buku ni dulu,baru bleh beli yang lain

pastu boleh beli banyak2,pastu nak buat koleksi utk mini library yg akan datang
semoga bertambah koleksi buku yang lebih berfaedah
inshaAllah
^^, 



# either those books love me or i love them..it can be either way
i love reading
i do love them
yeay!

Saturday, 16 March 2013

kerana sebuah mesin


dia punya sebuah mesin
padanya si mesin mempunyai sentimental value

imbas kembali

me: abah kalkeleter kakna hilang,nak beli yang baru
abah: ni abah bagi duit,kalau hilang lagi guna kalkeleter yang kat pasar malam tu
me: uhukhukuk..**menjunjung perintah

kerana amaran ayahanda 
maka pada hari tersebut di mana loceng kebakaran dibunyikan
tandanya ada kebakaran
dia berlari2 mencari si mesin dan bawa turun ke padang asrama
kata cikgu, andaikata ada kebakaran lari selamatkan diri dan benda penting
kalkeleter itu sangat penting bagi saya

walaupun lain dari kalkeleter orang lain
dia dan rakannya berusaha pandai dengan teknologi baru

bukanlah satu perancangan dia akan bersama-sama dengan kos yang tidak memerlukan bantuan si mesin
tapi dia tahu dia sayangkan si mesin
dari meletakkan si mesin di satu sudut di mana tanpa kasih sayang
dia membuat keputusan menyerahkan si mesin kepada beliau untuk dijaga
dia percaya beliau akan menjaga si mesin walaupun ada kebarangkalian beliau takkan menggunakannya
dia percaya beliau akan sayangkan si mesin seperti mana dia menyayanginya
dia juga berharap si mesin akan membantu beliau dalam mengahadapi test, quiz, exam
katanya engineering math perlukan bantuan si mesin
harap si mesin banyak membantu sepanjang di sana

setelah beberapa tahun dalam jagaan beliau
tiba masanya si mesin kembali kepada tuannya
dia andai, si mesin amat merinduinya seperti mana dia merindui si mesin
dia harap dia tak dilabelkan buruk siku
masih ingatkah beliau tujuan dia menyerahkan si mesin dahulu?
untuk dijaga,untuk digunakan
andainya si mesin tidak diperlukan lagi
masih ramai yang memerlukan
walaupun bukan dia
tapi dia tetap pemilik yang sah di sisi undang2
dan beliau
you are a trustee

encik buku nota hati?
masih ingatkah beliau tujuan dia mula berikan buku tersebut
ya, itu hadiah birthday
semoga menjadi lelaki yang versatile
anak,ayah,abang,adik,suami,da'i
dalam memahami hati seorang ayah dan suami
rasanya tidak salah dia membaca dan ingin berkongsi buku yang hebat itu dengan beliau
dan buku tersebut juga boleh di kongsi dengan si gadis beliau
(macam promosi buku pulak kan)

moga dibuka hatinya untuk membaca buku yang hebat tu!!

"Dalam buku ini bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain 'gelanggang' juang seorang lelaki. Disebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan"


Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!


dulu kita selalu gaduh kan? sekarang kita dah tak gaduh? baik saja



# as a friend, hope to see u again just like a very long time ago
talented,good,kind with your sweet smile..dont ever let others try to change u
be a determined man with your own stand and lets Allah be your first priority
u will see a clear path in this long journey..inshaAllah

Wednesday, 13 March 2013

Wordless Wednesday # candid
















# photoshot + ijtimak qubra


Friday, 1 March 2013

orphan smart camp


23-25 November 2012
dr campsite ulu langat
'caliphs of tomorrow'
pelajar sekolah rendah+sekolah menengah



collaboration kelab inspire + caring
dua nature+approach yang berbeza
inspire: motivasi untuk students hardcore
caring: pendekatan lebih dengan anak-anak yatim

tapi..tapi..tapi
dengan satu matlamat
membantu mereka yang memerlukan
demi masa depan yang lebih cemerlang,gemilang,terbilang
cewahhh

maka kami antara faci di bawah inspire club
berganding bahu dengan inspire club
untuk kem motivasi anak-anak yatim yang agak hardcore

3 hari 2 malam
tak penat sangat sebab kami just turun jadi faci semata

name tag yang kiut miut


maka banyak la aktiviti yang dijalankan (**ehem,skema)
hari pertama:
berkumpul
taaruf dengan adik-adik
night walk
tidur..kroh2


makan beramai-ramai

solat berjemaah

kami pun kena beratur okay?

hari kedua:
senaman pagi
jungle trekking
aktiviti dalam kumpulan
explorace
cultural night
tidur..kroh2


senaman pagi dalam dewan..hujan katanya..hehe

kena denda dengan CC

briefing sebelum masuk hutan

muka bersih seblum masuk hutan

lompat tinggi-tinggi ye

pompuan kan..kasut masuk dalam lumpur..hehe

jalan baik-baik ye adik-adik


snap picture seblum turun 

tudiaaa..tingginya

yeay! saya sudah..anda bila lagi?

ambik hang!! baju penuh lumpur



cer tengok sikit

kami bahagia begini...peduli orang kata

petangnya explorace:main tingting

ni game apa ntah..hehe

cultural night : cucur badak..hakhak


hari ketiga:
pagi2 tu ada tazkirah
senaman pagi
inspire ceria
solat dhuha
bersiap2 nak balik lepas closing ceremony

senaman pagi

inspire ceria hoy hey hoy

yang belakang tu mcm husband+wife kan? hehe
get ready utk solat dhuha

adik grup yang comel belaka: akim,danish,ijwad,syafiqa,syeeken

yeay! dah habis dah

eh stopp!
antara yang best join collaboration ni, ayat skema la kan
kenal ramai
first time beramah mesra dengan anak-anak yatim,feeling dia lain sikit
(rasa nak nangis bila budak ni cakap)

me: ni dengaq dak kak diana cakap apa ni,nanti tak boleh jumpa kak diana dah tau
adik: kak diana masuk la caring,nanti kita boleh jumpa lagi
me: kak diana dah join inspire ni(sambil tunjuk baju), kalau join caring nanti kak diana busy pulak
adik: (sambil pandang faci sorg lagi) kak kalau saya dah dewasa nanti,macam mana nak join kelabcaring
faci: kena isi borang la
adik: haaa,kak diana isi la borang
me: tengok la macam mana..hahaha


dan rasanya tu la salah satu faktor budak tu xdak berita apa2 dah pasai dia
mesej pon tak reply
lost contact
maybe bila join caring kelab kita jumpa balik kot?
 tak pon,suatu hari nanti


T.T


#kalau ada collaboration lagi nak join..dengan steadfast pulak nanti boleh? heee..tinggi angan2

COPYRIGHT@ dianaskemacomot.blogspot.com inspired by HIM